1470610353_image28629.jpg

Finas, PFM digesa tarik balik keputusan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan berharap agar Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) menarik balik keputusan Festival Filem Malaysia (FFM) tahun ini yang membahagikan pencalonan untuk kategori Filem Terbaik berdasarkan bahasa.

Menurut beliau, tindakan tersebut dilihat akan membunuh industri kreatif negara yang cuba diselamatkan oleh Finas dan PFM selama ini.

“Saya penyokong besar industri kreatif termasuk mereka yang bekerja keras dan Seniman berbakat dalam bidang perfileman. Mereka Adalah wajah-wajah negara,” katanya menerusi kemas kini di laman Instagramnya, hari ini.

Menurut Abdul Rahman, Ola Bola dan Jagat Adalah lambang kerja keras, kreativiti dan semangat rakyat negara ini dalam menghasilkan filem yang berkualiti tinggi.

“Tiada tempat untuk profil bahasa dalam industri kreatif dan jangan gunakan perkara ini untuk menyekat kreativiti mereka,”katanya.

Penganjuran anugerah berprestij FFM28 mencetus kejutan tahun ini Bila buat kali pertama pencalonan bagi Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik dibahagikan kepada dua iaitu bagi ‘Filem Dalam Bahasa Malaysia’ dan  ‘Filem Bukan Dalam Bahasa Malaysia’.

Difahamkan, dua kategori baharu diumumkan bagi persaingan trofi kali ini iaitu ‘Pengarah Filem Bukan Dalam Bahasa Malaysia Terbaik’ dan ‘Lakon Layar Filem Bukan Bahasa Malaysia Terbaik’.

Finas, PFM digesa tarik balik keputusan

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *