fiffi.transformed.jpg

Fitri Zainal akhiri zaman bujang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

BEKAS peserta Akademi Fantasia (AF) musim kedua, Fitri Zainal bersama pasangannya, Nurul Azman.

KUALA LUMPUR: Bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim kedua, Fitri Zainal, 37, mengakhiri zaman bujang bersama gadis pilihannya, Nurul Azman, 30, pagi ini dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan manakala acara resepsi pula Akan berlangsung esok. Kedua-dua majlis diadakan di Kuantan, Pahang.

Pasangan ini bertunang pada 1 Ogos tahun 2014 selepas saling mengenali sejak hampir empat tahun lalu.

Mengharapkan perkahwinan berkenaan akan berkekalan, Fitri yang turut terbabit dalam dunia rekaan fesyen mengaku Nadia ialah cinta pertamanya. Wanita terbabit turut berkecimpung dalam bidang fesyen.

“Kami berkongsi minat yang sama iaitu dunia fesyen. Ia juga menjadi pencetus kepada hubungan rapat yang terjalin antara kami.

“Cuma, personaliti kami memang berbeza. Namun, ia menjadi melengkapi kami berdua. Dia juga sebenarnya junior saya ketika kami sama-sama menuntut di UiTM, Shah Alam,” katanya yang akan berbulan madu di Eropah, seminggu selepas bernikah.

Sementara itu, Fitri mengaku dirinya lebih serasi dengan dunia fesyen berbanding nyanyian.

“Jadi, rasanya baik saja saya fokus kepada bidang yang saya lebih mahir, iaitu fesyen. Sejak setahun lebih, tumpuan saya memang terarah kepada butik fesyen Fitri Zainal di Alam Damai Cheras,” katanya.

Fitri Zainal akhiri zaman bujang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *