BH220517HS010.jpg.transformed.jpg

Forester baharu lebih menawan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

FORESTER baharu kekalkan ciri Subaru dengan beberapa penambahbaik.

SUSULAN penampilan pertama Subaru Forester pada 2016, Motor Image Malaysia, pengedar Tertentu kenderaan Subaru di Malaysia melancarkan varian terbaharunya iaitu Subaru Forester 2.0i-S.

Terus mengekalkan DNA Subaru iaitu Symmetrical All-Wheel Drive dan enjin Horizontally-Opposed Boxer, Subaru Forester 2.0i-S baharu menerima beberapa penambahbaikan.

Antara penambahbaikan itu ialah spoiler bawah bampar, gril rekaan baharu serta cermin sisi juga dengan kemasan gunmetal.

Forester 2.0i-S masih menampilkan ciri-ciri yang diambil dari 2.0i-P termasuk lampu hadapan LED dengan lampu nyalaan Dahina LED, rim aloi 17-inci, sistem pendingin hawa dua-zon, pintu tailgate belakang bantuan kuasa, serta unit infotainmen dengan skrin utama Kenwood bersaiz 7-inci.

Kemasan gentian karbon

Dari segi dalaman, model baharu ini diberikan kemasan seperti gentian karbon pada panel pintu, tuil penukar gear dan juga papan pemuka.

Tempat duduk pula kini dibalut dengan gandingan kulit serta serlahan jahitan berwarna merah.

Tiada perubahan pada mekanikal, Forester 2.0i-S masih dijana enjin boxer empat silinder tanpa bantuan turbo yang mampu menghambur 150 PS pada 6,200 rpm dan tork puncak 198 Nm pada 4,200 rpm.

Enjin berkenaan dipadankan dengan transmisi Lineartronic CVT dan sistem pacuan semua roda Subaru Symmetrical AWD, lengkap dengan fungsi SI Drive Mode.

Forester 2.0i-S dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM133,818 dan ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu Pure White, Silver Metallic, Dark Grey Metallic, Sepia Bronze Metallic dan Obsidian Black Metallic.

Info:
Subaru Forester 2.0i-S

  • Harga atas jalan tanpa insurans RM133,818
  • Enjin boxer empat silinder tanpa bantuan turbo
  • 150 PS @ 6,200 rpm dan tork puncak 198 Nm @ 4,200 rpm
  • Transmisi Lineartronic CVT, sistem pacuan semua roda Subaru Symmetrical AWD dan SI Drive Mode
  • Warna pilihan Pure White, Silver Metallic, Dark Grey Metallic, Sepia Bronze Metallic dan Obsidian Black Metallic

Forester baharu lebih menawan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *