image281729.jpg

Foto anak Siti tersebar

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

BELUM pun 24 jam tempoh kelahirannya, sekeping gambar bayi comel yang dipercayai anak kepada Datuk Siti Nurhaliza sudah mula tersebar di media sosial.

Gambar yang turut disertakan dengan dua video yang diambil sebelum Siti memasuki dewan pembedahan itu mula dimuat naik sejak jam lapan malam tadi.

Pengurus Siti, Rozi Abdul Razak menerusi kenyataan yang diedarkan kepada media pagi tadi turut memaklumkan Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkan gambar dan nama anaknya.

Penyanyi kesayangan ramai itu selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.

Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Sementara itu, Khalid atau lebih dikenali dengan nama Datuk K yang ditemui media di perkarangan hospital memaklumkan memberi nama sementara Fatimah Az-Zahra buat anak perempuan sulungnya itu.

Beliau berkata, dia dan isterinya sudah menyediakan nama lain yang akan diumumkan dalam satu majlis kelak.

Foto anak Siti tersebar

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *