keikk.transformed.jpg

Fujimori mengaku kalah saingan presiden Peru

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KEIKO Fujimori. – Foto AFP

LIMA: Keiko Fujimori mengaku kalah kepada Pedro Pablo Kuczynski dalam pilihan raya presiden paling sengit di Peru sejak beberapa dekad lalu, namun memberi amaran parti populis berhaluan kanannya itu akan menjadi kuasa pembangkang di sepanjang penggal Kuczynski.

Fujimori, 41 anak perempuan mantan Presiden Peru yang dipenjara, Presiden Alberto Fujimori, berkata bekas pegawai pelaburan bank itu, Kuczynski hanya menang tipis menerusi sokongan “promoter kebencian”.

“Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Kuczynski dan rakan-rakan kempennya yang sewajarnya akan menjadi sekutu beliau dalam kerajaan,” kata Fujimori, sambil diapit berpuluh-puluh Akan penggubal undang-undang yang akan Menyodorkan Parti Kuasa Popular majoriti kukuh dalam Kongres akan datang.

“Rakyat memberi tugas kepada Parti Kuasa Popular untuk menjadi pembangkang. Yakinlah, kita Tak akan gagal,” kata Fujimori

Fujimori masih belum mengucapkan tahniah secara peribadi kepada Kuczynski selepas pilihan raya mengikut tradisi Peru.

Ucapan itu, Adalah yang pertama buat Fujimori sejak pilihan raya Ahad lalu selepas pengiraan undi berlarutan selama beberapa hari.

“Perkara pertama yang perlu kita lakukan Adalah untuk mewujudkan persekitaran di mana kita boleh memulakan sesuatu yang baru,” kata Kuczynski, bekas Perdana Menteri berusia 77 tahun dan Pakar ekonomi Bank Dunia, kepada penyiar tempatan RPP.

Fujimori dikatakan menjadi calon pilihan untuk memenangi pilihan raya dua minggu lalu, tetapi Kuczynski memintas di saat akhir selepas menerima sokongan dari saingan berhaluan kiri dan meningkatkan serangan ke atas Fujimori yang dibayangi skandal membabitkan penasihat rapat beliau. – Reuters

Fujimori mengaku kalah saingan presiden Peru

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail