KB090417FZ012.jpg.transformed.jpg

FullAMark dapat sambutan di Pesta Buku Kelantan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

ANTARA pengunjung yang hadir di Pesta Buku Kelantan, di Kota Bharu, hari ini. – Foto Faris Zainuldin

KOTA BHARU: Pembelajaran secara digital melalui portal pendidikan atas talian, FullAMark, membuka mata ramai pelajar sekolah rendah dan menengah di Pesta Buku Kelantan 2017, di sini.

Pembelajaran secara maya itu menarik ramai pelajar untuk melakukan latihan setiap hari selain pelbagai soalan disediakan untuk semua subjek khususnya untuk mereka yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Wakil Pemasaran Digital dan Akhbar, Jabatan Pengedaran dan Jualan Akhbar (NSD) The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Mohd Fauzi Abu, berkata FullAMark dapat membantu memantapkan pembelajaran pelajar kerana soalan akan ditukar setiap minggu.

“Pelajar juga boleh menggunakan perkhidmatan e-cikgu yang disediakan jika mereka mempunyai sebarang pertanyaan dan mereka juga boleh berinteraksi bersama rakan mereka untuk bertukar pandangan,” katanya kepada BH, di Pesta Buku Kelantan, di sini, hari ini.

FullAMark Adalah program pembelajaran dalam talian anjuran NSTP dibangunkan khusus untuk membantu pelajar mengulang kaji pelajaran setiap minggu, selain Menciptakan latihan secara intensif dan praktikal setiap minggu.

Sementara itu, Pengarah Urusan Syarikat Muda Osman, Ahmed Azim Othman, berkata pelajar boleh mengakses FullAMark selepas mendaftar dan boleh menambah nilai di kedai buku SMO.

“Pesta buku kali ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada pengunjung membabitkan pelajar sekolah, guru dan ibu bapa kerana stok buku sentiasa ditambah bagi memastikan bekalan buku mencukupi.

“Lebih 50,000 pengunjung yang datang sehingga hari ini, kerana pelbagai jenis buku untuk setiap peringkat umur dijual di sini dan Tak terhad kepada pelajar sekolah semata-mata,” katanya.

Pesta buku ini bukan sahaja membabitkan jualan buku malah pelbagai aktiviti turut diadakan seperti peraduan mewarna, sesi bersama penulis buku dan pertandingan seni dan kraf.

FullAMark dapat sambutan di Pesta Buku Kelantan

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *