Mira-Filzah-Perjelas-Isu-Gambar-Lucah-Palsu.jpg

Gambar Mira Filzah 'Pegang' Replika Alat Sulit Lelaki Palsu

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pelakon baharu Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 22, menafikan dakwaan kononnya beliau berkelakuan Tak senonoh, seperti gambar yang tersebar menunjukkan pelakon drama ‘Cinta Si Wedding Planner’ itu memegang replika alat sulit lelaki.

Pendatang baharu industri hiburan tanah air itu menerusi laman sosial Instagramnya hari ini menyatakan gambar yang disebarkan pihak Tak bertanggungjawab itu Adalah palsu.

“Rasanya, rata-rata pun sudah tahu gambar di atas (iaitu gambar sebenar) yang telah diedit tersebar. Dan Tak perlulah Mira tunjuk atau muat naik di sini gambar yang telah diedit.

“Cukuplah Mira tampil di sini, hendak beritahu, hendak tunjuk, ini Adalah gambar yang sebenar.

“Penjelasan lebih lanjut? Ada di Melodi (program TV3) nanti,” tegas Mira Filzah dalam entri tersebut.

Mira Filzah dalam laman mikro Instagramnya sebelum ini memuat naik gambar yang memaparkan beliau sedang menggigit sepotong kek sempena majlis sambutan ulang tahun kelahirannya.

Bagaimanapun, gambar tersebut telah disunting, yang mana menunjukkan Mira Filzah berkelakuan lucah.

Mengulas lanjut, Mira Filzah memaklumkan beliau Tak mengetahui dalang yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut, sebaliknya hanya berserah kepada tuhan untuk membalasnya.

“Cuma sekarang ini bagi Mira, perkara-perkara macam ini Allah sahaja yang membalas.

“Mira pun Tak tahu siapakah di sebalik dalang perbuatan ini, Akan Tetapi Allah tahu. Bukan tugas Mira untuk menghukum,” ujarnya.

Gambar Mira Filzah 'Pegang' Replika Alat Sulit Lelaki Palsu

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *