capture-20180725-130157.png

Gelagat Anak Yana Samsuddin 'Tersalah Peluk Orang' Curi Perhatian

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Gelagat anak sulung lelaki pelakon Yana Samsudin, Aisy Mateen, 2, yang tersalah mengecam wajah ibunya telah menarik perhatian ramai Bila video tersebut dikongsikan Yana di laman Instagramnya.

Menerusi video berdurasi 1 minit yang kini telah ditonton lebih 300 ribu orang itu menyaksikan Mateen yang selesa dalam dukungan Mira Filzah sebelum ditegur Yana sambil menghalakan rakaman video ke arah anaknya itu.

Mateen yang menyedari dia berada bersama ‘orang yang Keliru’ pantas menarik dan memeluk Yana sambil tersipu malu. Tak sekadar itu, si comel itu turut mencium pipi Yana seolah-olah memohon maaf daripada ibunya.

“Mane satu mommy awak ni sebenarnya @aisymateen?” tulis Yana pada kapsyen video yang dimuat naik itu seperti yang dilaporkan Sinar Harian online.

Menurut yana kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama terbaharu lakonannya bersama Mira Filzah.

“Dia selalu Keliru kalau dengan Mira,” kata Yana sambil ketawa.

Perkongsian tersebut mencuit hati ramai pengikut Yana di Instagaram yang rata-ratanya meluahkan rasa terhibur mereka dengan aksi comel Mateen.

Tak ketinggalan yang bergurau meninggalkan komen ‘nakal’ kepada Yana.

“Anak Keliru takpe, jangan papa dia yang Keliru sudah,” tulis seorang pengikut berseloroh.

Gelagat Anak Yana Samsuddin 'Tersalah Peluk Orang' Curi Perhatian

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *