banda.jpg.transformed.jpg

Gempa bumi gegar Laut Banda

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PETA Laut Banda, Indonesia. – Foto Wikiwand

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 Richter melanda Laut Banda, Indonesia, lewat malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan awal pagi ini berkata, kejadian jam 11.55 malam itu berpusat di 7.1 darjah Selatan dan 125.8 darjah Timur, 421 kilometer (km) timur laut Kupang, Indonesia dan 1,514 km tenggara Semporna, Sabah.

Menurut kenyataan itu, tiada ancaman tsunami dikeluarkan.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Sarawak yang dijangka berterusan Sampai pagi ini.

“Keadaan ini boleh menyebabkan Bayu kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

“Ribut petir di perairan Kuching dan Reef South diramal berterusan sehingga pagi ini yang boleh menyebabkan Bayu kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya.

Gempa bumi gegar Laut Banda

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *