bh_20150305_nadynas8idd_1541713.jpg

Gemuruh Nak Naik Pelamin Sekali Lagi

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Akan kembali bergelar isteri Tak lama lagi, pelakon Dynas Mokhtar mengakui perasaan teruja bercampur gemuruh menyelubungi dirinya saat menantikan hari pernikahan pada 21 April depan.

Memetik laporan BH online, selebriti berusia 35 tahun ini berkata setakat ini persiapan untuk majlis tersebut beralan lancar. Selain itu, dia juga dalam usaha menurunkan berat badannya.

“Majlis pernikahan akan berlangsung di rumah ibu di Shah Alam. Majlis bertandang akan diadakan pada 28 April di sebuah dewan di Damansara manakala resepsi di sebuah hotel di ibu negara pada 5 Mei depan.

“Alhamdulillah, persiapan lancar, cuma ada beberapa lagi perkara yang akan dibuat pada saat-saat akhir termasuk persalinan perkahwinan. Dapatlah saya kurangkan berat badan sementara menunggu hari bahagia,” katanya.

Dynas yang sudah empat tahun menjalani hidup sebagai ibu tunggal akan bernikah dengan pengusaha ladang ayam, Shazrik Din, 36.

Terdahulu, pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 26 Oktober tahun lalu.

Menerusi perkahwinan pertama, Dynas dikurniakan dua anak iaitu Khyra Khalyssa yang berusia lapan tahun dan Mohamed Haqaish, enam tahun.

Gemuruh Nak Naik Pelamin Sekali Lagi

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *