03wanis2.transformed.jpg

Gerakwanis bantu golongan asnaf wanita

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR : Bermatlamat untuk meningkatkan taraf hidup wanita asnaf, Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis) membantu mencari penaja membiayai pengajian al-Quran bagi melayakkan golongan itu bertugas sebagai guru agama.

Justeru, menerusi kerjasama Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), seramai 60 wanita termasuk asnaf, ibu tunggal dan individu tiada pendapatan mengikuti Program Kemahiran Membaca al-Quran selama 18 bulan.

Dengan mengikuti kursus selama tiga semester, membolehkan mereka menjadi guru agama di kawasan perumahan awam dan Program Perumahan Rakyat (PPR), sebaik sahaja tamat pengajian.

Pengerusi Gerakwanis, Bibi Sunita Sakandar Khan, berkata ketika ini, semua wanita terbabit sudah menamatkan pengajian semester pertama dan akan memasuki semester kedua bulan ini.

“Program ini selaras dengan matlamat kami untuk meningkatkan taraf hidup golongan asnaf melalui pengajian al-Quran.

Wanita dari golongan asnaf mengikuti Program Kemahiran Membaca al-Quran di Universiti Malaya (UM) bagi melayakkan mereka menjadi guru KAFA.

“Setiap kali tamat semester, peserta akan diberikan sijil dan Bila cukup tiga semester pengajian, mereka layak untuk menjadi tenaga pengajar di Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

“Gerakwanis akan berbincang dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) supaya peserta diterima sebagai tenaga pengajar KAFA Bila tamat pengajian.

“Memandangkan mereka Adalah golongan asnaf dan menerima bantuan bulanan daripada Baitulmal jadi Bila mereka diterima sebagai tenaga pengajar KAFA, secara Tak langsung membantu mereka keluar daripada golongan asnaf,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Bibi Sunita berharap, JAWI dan MAWIP dapat memberi sokongan kepada usaha Gerakwanis untuk menjadikan peserta ini sebagai guru KAFA Bila mereka menamatkan pengajian selama satu setengah tahun ini.

Katanya, kebanyakan peserta dalam kalangan mereka yang tinggal di PPR dan tiada pendapatan sendiri, jadi Bila memasuki program intensif mereka berpeluang mengubah nasib keluarga.

“Mereka Adalah golongan asnaf, susah, ibu tunggal dan tiada pendapatan, jika ada elaun sebagai guru KAFA, mereka mampu keluar daripada kemiskinan.

“Ini akan membantu asnaf lain yang memerlukan bantuan mendapat manfaat sepatutnya. Mereka juga boleh meluangkan masa dan tenaga untuk manfaat anak di kawasan terbabit,” katanya.

Justeru, beliau berharap mereka akan diberi peluang menjadi guru KAFA dan mengajar di kawasan tempat tinggal mereka di PPR.

Ia selari dengan matlamat program berkenaan yang bertujuan membantu wanita golongan asnaf mengajar penduduk setempat mengaji al-Quran dan mempunyai pendapatan sendiri.

Selain itu, program terbabit juga langkah terbaik membantu menangani masalah gejala sosial di kawasan perumahan berkenaan, memandangkan tenaga pengajar agama Adalah penduduk di kawasan berkenaan.

“Kita membantu wanita ini mendapatkan pengajian secara percuma. Gerakwanis berusaha mendapatkan penaja bagi membiayai pengajian mereka.

“Kebanyakan peserta sebelum ini mengajar mengaji dan muqaddam untuk kanak-kanak.

“Dengan mengikuti pengajian ini, mereka bukan sahaja mahir dalam bidang itu, malah akan mendapat pengajian kemahiran mengaji dan mengajar secara lebih tersusun serta bersistematik daripada UM,” katanya.

Bibi Sunita mengalu-alukan pelbagai pihak menaja kos pembiayaan peserta terbabit, bagi membolehkan program berkenaan dijalankan secara berterusan.

Bagi yang ingin membantu boleh menghubungi Gerakwanis di talian 0123064662.

Gerakwanis bantu golongan asnaf wanita

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *