zaqu_BHfield_image_listing_featured.var_1586246465.jpg

Gimnasium mini buat Zaquan cergas

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

ALOR SETAR: Demi kecergasan, pemain sayap Kedah, Zaquan Adha Abdul Razak berusaha melakukan ubah suai ruang minum petang di kediamannya untuk dijadikan sebuah gimnasium mini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Beliau yang juga bekas kapten Harimau Malaya berkata, idea mewujudkan gimnasium itu timbul kerana keperluan untuk mengekalkan tahap kecergasan dan kesihatan sepanjang tempoh PKP.

“Sebaik sahaja tempoh PKP bermula, saya agak risau memikirkan kesan terhadap tahap kecergasan diri memandangkan kita Tak dapat ke gimnasium seperti biasa bagi menjalani latihan tambahan.

“Ini mendorong saya sebagai pemain bola sepak profesional memikirkan Tips terbaik mencari ruang khas melakukan latihan kecergasan lebih tersusun dan lebih kemas di rumah sendiri.

“Akhirnya saya bersama isteri, Ayu Raudhah mendapat ‘idea’ melakukan sedikit ubah suai ruang minum petang di rumah kami yang diletakkan sedikit peralatan latihan ada dirumah,” katanya.

Zaquan selesa melakukan aktiviti kecergasan di gimnasium mini dekat rumahnya sepanjang tempoh PKP ini. - NSTP/Amran Hamid
Zaquan selesa melakukan aktiviti kecergasan di gimnasium mini dekat rumahnya sepanjang tempoh PKP ini. – NSTP/Amran Hamid

Zaquan turut mengakui tempoh PKP ini sebenarnya menguji kesabaran dan disiplin setiap pemain agar dapat mengekalkan kecergasan diperlukan dan pada masa yang sama memastikan keupayaan serta kemahiran berada pada tahap terbaik.

“Sebenarnya saya bukanlah seorang yang Getol keluar rumah jika Tak ada perkara penting atau tugas perlu dilakukan dan kesempatan PKP ini saya gunakan sepenuhnya untuk berlatih sendiri, selain beriadah bersama keluarga di rumah.

“Dalam keadaan sekarang ini, semua pihak wajib akur dengan arahan dan perintah digariskan oleh kerajaan dan sebagai pemain profesional, aspek keselamatan dan kesihatan perlulah didahului.

“Bila segalanya selamat selepas ini, InsyaAllah kita akan kembali beraksi dalam Liga M yang kita sama-sama nantikan,” katanya.

Gimnasium mini buat Zaquan cergas

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail