islamicmaldives.jpg.transformed.jpg

GoMyCampus ke Maldives

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Informinent Sdn Bhd dan TFP solutions Bhd, memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Islamic University of Maldives untuk mewujudkan kerjasama dalam sistem pendidikan institusi tinggi itu.

Menerusi MoU itu, perisian pengurusan pendidikan yang digunakan di universiti Malaysia iaitu GoMyCampus akan digunakan bagi menyokong operasi harian lslamic University of Maldives.

GoMyCampus yang sebelum ini dikenali sebagai Cobra Campus Management System, menyokong sepenuhnya persekitaran gaya hidup digital pelajar untuk dipadankan dengan operasi dan pendidikan disediakan universiti.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros, berkata Informinent dan TFP Solutions sebagai Pakar MATRADE akan terus mempromosi perisian pengurusan pendidikan kepada semua institusi pendidikan tempatan dan antarabangsa.

“MATRADE bertanggung jawab mempromosikan syarikat tempatan ke luar negara dan kita bangga bakat tempatan kini memacu sektor teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) di peringkat Dunia.

“MoU seperti ini menjadi testimoni kepada keupayaan rakyat Malaysia menyediakan penyelesaian kepada dunia,” katanya kepada media di sini, hari ini.

GoMyCampus ke Maldives

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *