gopi910_BHfield_image_listing_featured.var_1570614689.jpg

Gopi peluk Islam

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUANTAN: “Sudah lama saya tertarik dengan Islam Bila sering memandang rakan-rakan solat dan menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.

“Kira-kira dua tahun saya memendam hasrat untuk memeluk Islam sebelum hari ini hati saya terbuka mengucap kalimah Syahadah secara rasmi,” kata bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Pahang, R Gopinathan yang mengumumkan dirinya kembali kepada fitrah hari ini.

Beliau mengambil keputusan untuk mengucap kalimah Syahadah secara rasmi di Pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu (MUIP) Pahang, di sini, kira-kira jam 11 pagi selepas berfikir panjang.

R Gopinathan (kiri) ketika ditemui di Pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu (MUIP) Pahang, di Kuantan. – Foto ihsan pembaca

“Saya ditemani ibu saudara hari ini dan melafazlkan kalimah Syahadah di hadapan seorang ustaz. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar,” kata pemain sayap yang kini beraksi untuk pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) FA.

Pemain berusia 30 tahun itu berkata, hasratnya untuk memeluk Islam sudah diketahui keluarganya dan diterima baik.

“Sebelum ini ada tiga empat saudara terdekat saya memeluk Islam, saya banyak perhatikan Tips kehidupan mereka selain memandang rakan-rakan Islam lain. Bagaimana mereka solat dan menjalani ibadah membuatkan saya tertarik,” katanya.

Gopinathan berkata, selepas menjadi muallaf dia menggunakan nama Muhammad Gopi Rizqi Bin Rama Chandra.

Pada 2016, Gopi menyertai skuad Selangor selepas enam tahun menyarung jersi skuad Tok Gajah. 

Beliau kemudian menerima tawaran untuk beraksi dengan skuad skuad Johor Darul Takzim pada tahun 2017.

Gopi peluk Islam

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *