timbalankesihatan.jpg.transformed.jpg

Guna padanan DNA jika waris Jong-nam gagal dikesan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

TIMBALAN Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. – Foto NSTP

GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan memaklumkan, padanan profil asid deoksiribonukleik (DNA) Kim Jong-nam akan dibuat menerusi laporan kesihatan atau pergigian mangsa, jika keluarganya gagal dikesan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata pihaknya bagaimanapun masih menunggu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Luar untuk menyerahkan kedua-dua laporan berkenaan.

“Setakat ini masih tiada kemajuan berhubung proses padanan DNA Jong-nam, selain Tak boleh jangka bila ia boleh dijalankan kerana masih menunggu laporan berkenaan (laporan kesihatan dan rekod pergigian Jong-nam).

“Bagaimanapun, hasil padanan DNA mangsa boleh didapati dalam kadar segera kerana kita memiliki teknologi terkini untuk menjalankan proses berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan waris terdekat Jong-nam dilapor sudah melarikan diri dari kediaman mereka, sejurus menerima laporan pembunuhan abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara itu.

Jong-Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, dibunuh menggunakan racun ketika mangsa menunggu penerbangan di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu.

Dalam serangan itu, mangsa dipercayai didekati seorang wanita yang secara tiba-tiba menyerkup kepala mangsa dengan kain yang dipercayai sudah dibasahi cecair beracun.

Guna padanan DNA jika waris Jong-nam gagal dikesan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *