290320everest_BHfield_image_listing_featured.var_1585443624.jpg

Gunung Everest ditutup untuk pendakian

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Susunan Farah Marshita Abdul Patah

Gunung Everest, terletak di banjaran Gunung Himalaya, puncak tertinggi di dunia dengan ketinggian 8850 meter dengan laluan ekstrem dan cuaca sejuk menjadikan sebilangan pendaki mahu mencabar diri menaklukinya.

Walaupun pelbagai cerita seram, ngeri dan ramai korban ketika melakukan pendakian seperti berlaku runtuhan salji dan cuaca sejuk melampau, gunung paling sukar didaki itu tetap menjadi idaman dan Tak mengubah keinginan mereka untuk mencatat rekod tersendiri mampu menjejaki puncaknya.

Namun, ketika wabak COVID-19 yang sedang melanda di kebanyakan negara di seluruh dunia, kerajaan Nepal mengambil langkah menggantung permit mendaki Gunung Everest dan puncak lain dalam usaha mengekang penyebaran wabak itu di negara itu berkenaan.

Menteri kerajaannya dilaporkan sebagai berkata penggantungan itu sebagai langkah berjaga-jaga walaupun setakat ini negara itu hanya merekodkan satu jangkitan akibat COVID-19.

Dilarang mendaki gunung Selain menutup kesemua puncak Himalaya, pelancong asing juga dilarang melakukan pendakian di musim kembang.

Pemandangan menunjukkan lorong sepi dan kedai ditutup perintah berkurung dikenakan kerajaan di Namche Bazar. - Foto AFP
Pemandangan menunjukkan lorong sepi dan kedai ditutup perintah berkurung dikenakan kerajaan di Namche Bazar. – Foto AFP

Menteri Pelancongannya, Yogesh Bhattarai, berkata musim mendaki sudah tutup dan kerajaan menutup semua puncak sebagai langkah menghalang penyebaran COVID-19.

Nepal memperoleh lebih AS$4 juta setahun daripada yuran yang dikenakan terhadap pendaki.

Penggantungan ekspedisi itu juga dilakukan ketika cuaca baik selepas berakhirnya musim dingin dan sebelum kedatangan musim hujan yang bermula Jun.

Nepal juga turut mengumumkan penggantungan sementara visa pelancong kepada semua negara.

Jurucakap rasmi kerajaan, berkata penggantungan visa, kecuali visa rasmi dan diplomatik akan berkuatkuasa 14 Mac sehingga 30 April ini.

Mesyuarat tertinggi diketuai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Ishwar Pokhrel, turut mengehadkan perjalanan pergi dan pulang dari India, selain langkah kuarantin yang ketat di setiap sempadan negara itu. – AGENSI

Pengawal keselamatan memakai penutup muka ketika perintah berkurung dilaksanakan kerajaan di Namche Bazar di rantau Everest, kira-kira 140 kilometer di timur laut Kathmandu pada 25 Mac, 2020. - Foto AFP
Pengawal keselamatan memakai penutup muka ketika perintah berkurung dilaksanakan kerajaan di Namche Bazar di rantau Everest, kira-kira 140 kilometer di timur laut Kathmandu pada 25 Mac, 2020. – Foto AFP
  • Lagi berita mengenai COVID-19
  • Gunung Everest ditutup untuk pendakian

    Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail