rezuk.jpg.transformed.jpg

Hafizh muka baharu terpantas FP1

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Hari pertama Grand Prix (GP) Qatar bermula dengan menyaksikan empat pelumba negara turun beraksi dalam ketiga-tiga kelas yang dipertandingkan.

Hafizh Syahrin Abdullah yang menyertai musim pertamanya di kelas perdana MotoGP bersama pasukan Monster Yamaha Tech3 menamatkan sesi latihan bebas pertama (FP1) di kedudukan ke-15, dengan catatan 1 minit 56.544 saat sekaligus meletakkan dirinya selaku muka baharu terpantas bagi sesi berkenaan. 

Andrea Dovizioso dari pasukan Ducati yang juga naib juara di Litar Losail tahun lalu muncul pelumba terpantas dengan catatan 1:55.366s, manakala Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) kedua, 1.55.427s. 

PRINSIPAL Monster Yamaha Tech3, Herve Poncharal kelihatan gembira dengan keputusan positif dua pelumba pasukannya. – Foto Monster Yamaha Tech3

Dalam kelas pertengahan Moto2, dua wakil negara, Khairul Idham Pawi dari pasukan (IDEMITSU Honda Team Asia) dan Zulfahmi Khairuddin (SIC Racing) menamatkan sesi pertama masing-masing di tangga ke-29 dan ke-31. 

Khairul Idham yang memasuki tahun keduanya di Moto2 mencatat masa sepusingan terpantas 2’04.370s di pusingan keenam daripada 17 pusingan yang dilakukannya, manakala Zulfahmi merekodkan 2’05.848s, ketinggalan 4.247s di belakang pendahulu, Lorenzo Baldassarri (Pons HP40).

Sementara itu dalam kelas Moto3, Adam Norrodin yang mewakili pasukan PETRONAS Sprinta Racing berada di kedudukan ke-18 daripada 28 pelumba dengan melakar catatan masa sepusingan terpantas, 2’09.255s.

Rakan sepasukannya dari Jepun, Ayumu Sasaki berada di tangga ke-21 dengan catatan 2’09.387s. Sesi latihan pertama bagi kelas Moto3 dikuasai pelumba Leopard Racing, Enea Bastianini, 2’07.741s.

Hafizh muka baharu terpantas FP1

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *