1498339013_image28129.jpg

Hantar 13 tuntutan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

 Empat negara Arab yang memboikot Qatar kerana didakwa menyokong keganasan telah menghantar 13 senarai tuntutan untuk menghentikan sekatan diplomatik terhadap negara itu.

Antara senarai yang disusun Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Bahrain termasuk menutup pangkalan tentera Turki di Doha dan menyerahkan semua pengganas yang berada di wilayah itu.

Kesemua negara berkenaan memberi Qatar tempoh 10 hari untuk mematuhi tuntutan dan senarai telah diserahkan Kuwait, yang menjadi orang tengah dalam pertikaian tersebut.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson berkata, tuntutan terbabit perlu berpatutan dan boleh dilakukan.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Turki menolak sebarang tuntutan dan menegaskan ia harus mengkaji semula pangkalannya di Qatar serta memberitahu apa-apa permintaan untuk penutupan akan mewakili gangguan hubungan Ankara dengan negara Teluk

Hantar 13 tuntutan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail