oiturunl.transformed.jpg

Harga minyak jatuh sedikit dalam dagangan Asia pagi ini

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

TOKYO: Harga minyak mentah jatuh sedikit dalam dagangan Asia hari ini, selepas mencatat peningkatan hampir tiga peratus semalam berikutan kebimbangan terhadap lebihan bekalan Dunia mencetuskan spekulasi Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) akan cuba mengurangkan output.

Menteri Tenaga Qatar dan Presiden OPEC, Mohammad Saleh al-Sada, semalam berkata pasaran minyak berada pada landasan untuk seimbang meskipun kejatuhan harga minyak baru-baru ini.

Tambahan pula, OPEC meneruskan rundingan untuk menstabilkan pasaran.

Anggota OPEC mengadakan mesyuarat Tak rasmi di luar Lembaga Tenaga Antarabangsa, yang mana kumpulan pengeluar dan pengguna, di Algeria dari 26-28 September.

Kontrak minyak mentah Brent bagi penghantaran Oktober jatuh 19 cents kepada AS$45.20 setong pada 0033 GMT, selepas ditutup meningkat AS$1.12 atau 2.5 peratus semalam.

Minyak mentah NYMEX bagi penghantaran September jatuh 19 cents kepada AS$42.83 setong, selepas ditutup AS$1.22 atau 2.9 peratus meningkat semalam.

Firma risikan pasaran, Genscape melaporkan peningkatan lebih 307,000 tong di Cushing, Oklahoma, hab penghantaran bagi kontrak hadapan WTI bagi minggu berakhir 5 Ogos meskipun penganalisis mengunjurkan inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) jatuh satu juta tong, kata peniaga. – Reuters-

Harga minyak jatuh sedikit dalam dagangan Asia pagi ini

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *