image281729.jpg

Haruman feminin: Obsession, Perfection

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PENGGUNAAN wangian yang sesuai mampu menyerlah aura dan sifat feminin dalam penampilan seorang wanita. Pengasas Bronzed Beauty Enterprise, Datuk Mohd Razip Mohamammad berkata, memandang kepada permintaan tinggi terhadap minyak wangi, syarikatnya mengeluarkan Obsession dan Perfection yang menawarkan wangian diinspirasikan Vlogger dan YouTubber, Cupcake Aisyah atau nama sebenar Nur Aisyah Mohd Razip, 16.

Mahu dikenali melalui jenama Cupcake Aisyah, Obsession Menyodorkan haruman wangian lebih lembut dan tahan lama berbanding wangian lain serta disasarkan kepada wanita dan remaja perempuan.

“Cupcake Aisyah yakin dengan penggunaan minyak wangi ini, ia mampu bertahan lebih lapan jam dan haruman mengikut keadaan si pemakai sama seperti wangian lain.

“Kami memilih memasarkan produk berasaskan wa-ngian kerana memandang prospek yang besar dan optimis mempunyai peluang yang besar dalam bidang tersebut.

“Cupcake Aisyah menyasarkan penjualan Obsession 250,000 botol pada 2017,” katanya di majlis pelancaran Obsession dan Perfection.

Mohd Razip berkata, Obsession 50 mililiter dijual pada harga RM82.

Mengulas mengenai Perfection, Mohd Razip berkata, ia semburan rambut membantu dalam penjagaan kesihatan rambut.

“Sekiranya rambut Tak dijaga dan diurus dengan betul, sudah tentu ia akan mempengaruhi penampilan.Perfection membantu mereka yang mengambil berat penjagaan rambut supaya cantik, berkilau dan berseri. Perfection dijual pada harga RM72 sahaja,” katanya.

Obsession dan Perfection akan dipasarkan secara online dan peminat wangian boleh mebeli di media sosial iaitu laman Instagram dan Facebook serta gerai di The Curve.

“Kedua-dua produk ini ada di pasaran tempatan dan menembusi pasaran luar iaitu Singapura, Indonesia dan Brunei,” katanya.

Haruman feminin: Obsession, Perfection

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *