01zami.transformed.jpg

Hazami rancang konsert mini rai 15 tahun pembabitan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PENYANYI, Hazami. – Foto Aziah Azmee

KUALA LUMPUR: Penyanyi Hazami merancang untuk mengadakan konsert mini sempena 15 tahun pembabitannya dalam bidang seni dan Akan direalisasikan selepas sambutan hari kelahirannya yang diraikan pada 22 Februari depan.

Hazami atau nama penuhnya Norkamal Hazami Ahmad berkata, perkara itu masih lagi dalam perancangan namun berharap ia akan terlaksana sebagai hadiah istimewa kepada peminat.

“Selepas 15 tahun dalam industri, saya terfikir untuk melakukan sesuatu yang istimewa kepada peminat. Setakat ini, saya sedang merancang konsert mini yang dijadualkan selepas sambutan hari lahir saya.

“Alhamdulillah, sudah ada penaja yang akan membantu menjayakan konsert mini inj. Tetapi sekiranya ada pihak lain yang sudi menghulurkan tajaan, saya akan terima dengan hati yang terbuka,” katanya ketika ditemui pada majlis hari lahir penyampai radio DJ Lin di sebuah kafe, di sini.

Hazami berkata, ketika ini dirinya sedang berehat sebaik mungkin untuk mendapatkan semula stamina, terutama selepas mengalami pendarahan usus pada November lalu selain menjaga pemakanan supaya kesihatannya Tak terjejas.

“Saya benar-benar risau selepas ditahan di wad buat kali kedua gara-gara pendarahan usus. Banyak undangan persembahan terpaksa dibatalkan kerana keadaan kesihatan saya Tak mengizinkan.

“Saya kini lebih berhati-hati dalam penjagaan makanan, malah selesa menyediakan sendiri menu untuk dijamah setiap hari.

Saya perlu sihat demi perancangan karier 2017. Doakan hasrat saya ini menjadi kenyataan,” katanya.

Hazami rancang konsert mini rai 15 tahun pembabitan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *