hefn1.transformed.jpg

Hefny bangkit tepis gelaran 'budak nakal'

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

HEFNY Sahad mula digilap menerusi program On Air musim pertama. – Foto Aziah Azmee

KUALA LUMPUR: Hefny Sahad yang bakatnya mula digilap menerusi program On Air musim pertama enggan terus mengenang fasa ‘gelap’ yang pernah dilaluinya Bila percintaan dengan seorang pelakon mengundang kontroversi panas Sampai dirinya dilabel ‘budak nakal’.

Bangkit daripada kekalutan itu, Hefny yang turut melebarkan sayap sebagai pelakon enggan lagi membiarkan kisah peribadinya menjadi fokus umum kerana Tak mahu mengulangi sejarah lalu. Akur perjalanan hidup manusia akan ada naik dan turun, Hefny berusaha menjauhkan dirinya daripada terus dikaitkan dengan cerita negatif.

“Ketika melalui episod gelap itu, saya langsung Tak menerima tawaran kerja selama beberapa bulan. Situasi itu agak mengejutkan terutama untuk saya yang baru bertapak. Alhamdulillah, perjalanan kerjaya saya mula berubah selepas diberi peluang menyertai HLive!

“Sejak itu, saya kembali mendapat kepercayaan dan perjalanan kerjaya saya mula lancar. Saya harus berterima kasih kepada HLive! kerana peluang yang diberikan. Saya Tak mahu lagi mengulangi kesilapan lalu Sampai dan memakan diri,” katanya.

Hefny yang membina nama sejak tahun 2012 berkata, sebagai manusia, semua yang ditempuhinya itu menjadi pengalaman berharga dalam meneruskan hidup. Mengakui lebih berhati-hati selepas insiden itu, Hefny bersyukur diberikan ruang oleh TV9 untuk mengemudi Pop TV bersama Nana Mahazan.

“Bersama Pop TV, saya sering diberikan peluang untuk mengendalikan pelbagai program terbitan Media Prima Berhad. Saya pernah diberi peluang mengacara lintas langsung acara permaidani merah sempena Anugerah Bintang Popular BH ke-29. Terbaharu, saya akan terbabit dengan Anugerah Skrin.

“Sekalipun mengikat kontrak pengurusan di bawah On Air, langkah saya Tak disekat untuk menerima tawaran kerja di stesen lain. On Air menjadi platform untuk saya mempersiapkan diri melangkah ke dunia realiti industri hiburan.

“Banyak perkara yang saya pelajari, terutama dalam membentuk imej dan personaliti selain berterusan mengasah bakat untuk menyerlahkan potensi diri. Saya perlu agresif mencari peluang untuk mengembangkan kerjaya,” katanya yang mengembara ke Eropah beberapa bulan lalu untuk penggambaran program Salam Dunia siaran RTM.

Mengenai kerjaya lakonannya, Hefny baru selesai menjalani penggambaran drama Awak Sangat Nakal yang diterajui Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat yang akan disiarkan di Astro Ria Berawal Dari 7 November ini. Drama komedi 16 episod itu diarahkan Azmi Hatta Khan.

Hefny bangkit tepis gelaran 'budak nakal'

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *