henti-o_BHfield_image_listing_featured.var_1540257960.jpg

Henti SAR jika tiada sebarang petunjuk

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

GEORGETOWN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Bukit Kukus yang memasuki hari kelima hari ini, akan dihentikan jika tiada petunjuk atau sebarang penemuan baharu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Saadon Moktar, berkata hari ini pihaknya akan meneruskan operasi untuk mengalihkan timbunan tanah runtuh Sampai ke dasar untuk mencari mangsa.

“Seterusnya, kita akan menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) untuk pemeriksaan kali terakhir di seluruh kawasan bagi memastikan tiada lagi mangsa di tempat kejadian.

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bersama pasukan Bomba dan Penyelamat memulakan pencarian mangsa yang masih tertimbus dalam runtuhan masuk hari ke-5 di Bukit Kukus di Paya Terubong. – Foto Mikail Ong

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bersama pasukan Bomba dan Penyelamat memulakan pencarian mangsa yang masih tertimbus dalam runtuhan masuk hari ke-5 di Bukit Kukus di Paya Terubong. – Foto Mikail Ong

“Sekiranya tiada sebarang petunjuk baru, kemungkinan besar operasi ini akan ditamatkan ,” katanya kepada NSTP ketika dihubungi.

Setakat ini, sembilan Jenazah sudah ditemui terdiri daripada tiga lelaki Indonesia, lima lelaki Bangladesh dan seorang wanita Myanmar, manakala seorang lagi lelaki Bangladesh dilapor masih hilang dipercayai tertimbus dalam runtuhan itu.

Kejadian yang menimbus kontena serta rumah kongsi pekerja binaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus itu turut menyebabkan empat orang cedera terdiri daripada seorang lelaki Bangladesh, dua wanita Indonesia, seorang daripadanya mengandung empat bulan, dan seorang wanita Kemboja.

Operasi SAR disambung jam 8 pagi hari ini selepas ia dihentikan jam 10.10 malam tadi kerana kekurangan sumber cahaya.

Henti SAR jika tiada sebarang petunjuk

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *