piss06.transformed.jpg

Heung-min pastikan tiga mata Spurs

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

LONDON: Penyerang Korea Selatan, Son Heung-min muncul wira Tottenham Hotspur Bila meledak gol kemenangan pasukan itu menewaskan kelab tercorot Crystal Palace 1-0 sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

Skuad bimbingan Mauricio Pochettino itu yang masih segar dengan kejayaan menewaskan juara Eropah, Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara pada aksi pertengahan minggu, berdepan kesukaran untuk menembusi kubu Palace malah nyaris dikejutkan dengan gol pendahuluan pasukan lawan.

Namun, Heung-min berjaya menyelamatkan maruah Tottenham Bila meledak gol pada minit ke-64.

PEMAIN Spurs, Son Heung-min (kanan) ketika menjaringkan gol pada aksi EPL menentang Crystal Palace di Stadium Wembley. – Foto REUTERS

Kemenangan itu menyaksikan anak buah Pochettino kekal di kedudukan ketiga liga dengan mengumpul 23 mata, berkongsi mata bersama Manchester United yang akan bermain menentang penghuni tangga keempat, Chelsea awal pagi ini.

Palace pula yang hanya mengumpul empat mata selepas mengharungi 11 perlawanan seharusnya menyalahkan diri sendiri Bila gagal memanfaatkan peluang terhidang untuk menjaringkan gol.

Penjaga gol Spurs, Paulo Gazzaniga (kanan) cuba menghalang percubaan pemain Crystal Palace, Wilfried Zaha. – Foto REUTERS

Scott Dann terlepas dua peluang terbaik menjaringkan gol yang menyaksikan penjaga gol Tottenham, Paulo Gazzaniga beraksi cemerlang menyelamatkan kedua-dua percubaannya manakala Wilfried Zaha turut berpeluang meledak gol sebelum jaringan Tottenham.

Gazzaniga yang diturunkan buat kali pertama bagi menggantikan Hugo Lloris susulan masalah kecederaan turut cemerlang Bila menyelamatkan percubaan bekas pemain Tottenham, Andros Townsend pada awal babak kedua. – Reuters

Heung-min pastikan tiga mata Spurs

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *