don1_1533807029.jpg

Hidup semula?… nak jadi perabot!

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PELAKON popular Korea Selatan, Ma Dong-Seok atau Don Lee, 47, memilih untuk menjadi perabot sekiranya diberi pilihan dilahirkan semula ke dunia selepas kematian.

“Kalau boleh pilih, saya nak jadi rak atau apa saja perabot boleh berdiri tegak.

“Saya hanya mahu berdiri tegak dan memandang sahaja perkara berlaku di sekeliling saya,” katanya.

Jawapan spontan itu diberikan pelakon itu pada sesi temubual bersama media antarabangsa sempena tayangan perdana filem Along With The Gods: The Last 49 Days (AWTG2) di Taiwan selepas ditanya mengenai pilihan kelahiran semula selain daripada dilahirkan sebagai manusia.

Kelahiran semula atau ‘reincarnation’ Adalah kepercayaan yang sinonim di kalangan masyarakat Asia terutama penganut Buddha dan ia menjadi antara fokus utama dalam penceritaan filem AWTG2.

Filem sekuel kepada Along With The Gods: The Two Worlds (AWTG) yang mendapat sambutan Suam daripada penonton di Malaysia tahun lalu masih mengekalkan barisan pelakon asal antaranya Jungwoo Ha, Jihoon Ju, Kim Hwang-Gi dan Dongwook Kim.

AWTG2 arahan Yonghwa Kim itu mencatat sejarah tersendiri Bila menjadi filem Korea Selatan paling laris pada hari pertama tayangan pada 1 Ogos lalu di Seoul.

Filem itu akan ditayangkan di pawagam tempatan di Malaysia bermula 29 Ogos depan.

Dalam pada itu, pihak TGV Malaysia turut mengambil inisiatif menayangkan semula filem AWTG di 10 pawagam terpilih di seluruh negara pada 11, 12, 16 sehingga 22 Ogos ini bagi memberi peluang kepada penonton yang Tak sempat menontonnya tahun lalu.

Hidup semula?… nak jadi perabot!

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *