7a3c201ec9a3b3c6572b99b50c65c531.jpg

Himpunan solidariti NZ juga perlu notis 10 hari – Muhyiddin

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Mana-mana pihak yang ingin menganjurkan perhimpunan, termasuk acara setiakawan dengan rakyat New Zealand yang diuji dengan serangan pengganas, perlu mengikut syarat, kata Muhyiddin Yassin.

Menteri dalam negeri berkata notis makluman 10 hari awal harus diberikan kepada polis, seperti ditetapkan oleh prosedur operasi standard (SOP) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Apa pun, satu pihak mana pun tak terkecuali (dengan akta ini). Maknanya dia kena beritahu pihak polis.

“Notis maklum pihak polis dalam tempoh 10 hari,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, hari ini.

Poster perhimpunan

 Perhimpunan Solidariti Kedamaian akan berlangsung di ibu negara Sabtu ini di ibu negara.

Ia mendapat sokongan penuh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Mujahid berkata, beliau sudah memanjangkan undangan kepada menteri kabinet, termasuk Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. Pembangkang turut diundang.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Ketua Polis Daerah Dang Wangi Shaharudin Abdullah dan Mujahid berhubung permohonan notis terbabit.

Himpunan solidariti NZ juga perlu notis 10 hari – Muhyiddin

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *