17awang.transformed.jpg

HIP mampu lonjak penguasaan BI

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

TIMBALAN Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Datuk Seri Khairil Awang bersalaman bersama tetamu yang hadir ke Majlis Highly Immersive Programme (HIP) Colloquium 2016 di Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan. – Foto Iqmal Haqim Rosman

SEREMBAN: Highly Immersive Programme (HIP) yang diperkenalkan sejak Januari lalu untuk memperkasakan kaedah pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah mampu melonjakkan penguasaan bahasa itu dalam kalangan pelajar.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Datuk Seri Khairil Awang, berkata walaupun setakat ini kejayaan HIP Tak boleh diukur, terdapat peningkatan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar yang menyertai program terbabit.

Katanya, HIP mengubah senario pembelajaran bahasa Inggeris kerana semua pelajar perlu menyertai aktiviti yang bersifat kritis dan kreatif, selain penekanan terhadap interaksi pelajar.

“Tiada lagi pembelajaran bersifat satu hala dengan hanya guru bercakap, tetapi pelajar sendiri yang akan menghidupkan aktiviti,” katanya ketika majlis penutup Kolokium HIP di Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) di Bandar Enstek, dekat sini, hari ini.

Khairil berkata, HIP yang kini dilaksanakan di 1,200 sekolah rendah, menengah dan kolej vokasional, akan diperluaskan kepada 5,500 pada tahun hadapan serta 10,000 pada tahun 2018.

Bagaimanapun, katanya, tiada jalan mudah untuk memastikan kejayaan pelaksanaan HIP, yang bergantung kepada empat elemen, iaitu guru besar atau pengetua, guru, pelajar serta ibu bapa dan masyarakat.

“Kajian kes terhadap pengalaman 15 sekolah yang melaksanakan HIP membuktikan bukan hanya sekolah bandar, malah sekolah luar bandar mampu melonjakkan penguasaan bahasa Inggeris,” katanya.

HIP mampu lonjak penguasaan BI

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *