muhkriz-muhyiddin.transformed.transformed.transformed.jpg

Hishammuddin nafi pemecatan Muhyiddin, Mukhriz lewat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

TAN Sri Muhyiddin Yassin (kanan) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

GERIK: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan berlaku kelewatan dalam memuktamadkan keputusan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sebaliknya, Hishammuddin berkata, keputusan itu dibuat sejurus Pakar Majlis Tertinggi (MT) UMNO meneliti laporan diterima daripada Jawatankuasa Disiplin parti.

“Keputusan ini juga perlu dibuat mengikut saluran betul dan bukannya bermusim. Paling utama kena tunggu laporan daripada jawatankuasa disiplin parti sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

“Kita perlu pastikan semua keputusan dibuat berdasarkan hujah dan fakta kukuh yang boleh diterangkan kepada akar umbi,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai isu pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz yang didakwa sepatutnya dilaksanakan lebih awal kerana tindakan pemimpin itu mencalarkan imej UMNO.

Jumaat lalu, MT UMNO memecat keahlian Muhyiddin dan Mukhriz daripada parti selepas didapati bersekongkol dengan pembangkang menyerang parti dan kepemimpinan UMNO.

Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan menyifatkan pengumuman barisan Kabinet baharu Adalah sebagai langkah tepat dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya alu-alukan kehadiran rakan Kabinet baharu dan akan sentiasa bekerjasama erat bagi memastikan agenda pembinaan negara bangsa dapat diteruskan dan dilaksanakan bersama menteri baharu.

“Ia juga tindakan tepat, khususnya bagi mendepani keadaan politik dan ekonomi dunia yang Tak menentu sekarang ini. Justeru, saya berharap barisan pemimpin baharu dalam kabinet ini akan dapat bersama memartabatkan agenda diperjuangkan kepemimpinan sedia ada,” katanya.

Hishammuddin nafi pemecatan Muhyiddin, Mukhriz lewat

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *