hoki20.jpeg.transformed.jpg

Hoki WHL: Malaysia atasi Korea Selatan di London

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SKUAD hoki lelaki negara menumpaskan Korea Selatan, 1-0 dalam aksi ketiga saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (WHL) di London. – Foto www.fih.ch

KUALA LUMPUR: Razie Rahim muncul wira skuad hoki lelaki negara Bila jaringannya pada minit ke-35 membantu Malaysia menumpaskan Korea Selatan, 1-0 dalam aksi ketiga saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (WHL) di London.

Kemenangan itu pasti mengendurkan tekanan yang menimpa kem negara selepas membuka kempen dengan kekalahan 2-5 kepada Argentina dan 3-7 di tangan England.

Keputusan itu sekali gus mencerahkan peluang skuad kendalian Stephen Van Huizen mara ke suku akhir Bila hanya perlu seri dalam aksi terakhir berjumpa China, esok.

Razie yang gagal meledak pada dua aksi pertama akhirnya meledak gol peribadi pertamanya di kejohanan itu menerusi percubaan pukulan sudut penalti.

Bagaimanapun, Malaysia hampir kehilangan tiga mata selepas Korea Selatan yang melakar kebangkitan pada dua minit terakhir permainan mendapat tiga pukulan sudut penalti.

Tetapi ia berjaya diselamatkan menerusi kecemerlangan dua pemain negara yang bijak menghadang percubaan pakar flick Korea Selatan, Jang Jonhyun.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan B, Argentina terus unggul Bila berpesta gol membelasah China 10-0 untuk kembali merampas kedudukan teratas kumpulan daripada tuan rumah England.

Dengan kemenangan ke atas Korea Selatan itu, Malaysia naik ke tangga ketiga di atas China berdasarkan kelebihan gol biarpun kedua-dua pasukan berkongsi tiga mata dengan Korea Selatan tercorot tanpa sebarang mata.

Hoki WHL: Malaysia atasi Korea Selatan di London

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *