PG_Izreen-Azminda-Image-1.jpg

Hormati Privasi Kami, Jangan Jadi Batu Barah

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Sepanjang minggu lalu, nama aktres Izreen Azminda dan status perkahwinannya menjadi ‘trending’ dalam kalangan masyarakat. Tak kurang yang melemparkan cacian dan hinaan selain menuduhnya sebagai perampas.

Memetik laporan Harian Metro, Izreen juga meluahkan rasa kesal terhadap sikap pengguna laman sosial yang menyerang Instagram rakan baiknya, Rita Rudaini.

“Saya tahu mereka kalau Tak puas hati akan cari sehingga lubang cacing. Jadi, Bila Tak dapat berbuat sedemikian di Instagram saya, orang lain pula jadi mangsa. Kenapa perlu bertindak sebegitu? Rita Tak bersalah dalam perkara ini. Berhenti ganggu dia dan jadi manusia yang boleh berfikir secara waras.

“Saya juga ingin ingatkan kepada orang luar, kalau boleh jangan jadi batu Barah. Ini membabitkan perkahwinan, jadi ia Adalah hak privasi saya bersama suami dan isteri pertama. Tips mereka bercakap seolah-olah mereka hidup dan berada 24 jam bersama kami.

“Seperti suami saya katakan sebelum ini, beri dia ruang untuk menguruskan sendiri kedua-dua isteri dan keluarga. Campur tangan pihak luar boleh menambahkan lagi kekusutan,” katanya.

Izreen dan pemuzik bebas Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 29, bernikah di Sunway Damansara, Selangor, pada 8 Ogos lalu.

Hormati Privasi Kami, Jangan Jadi Batu Barah

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *