WhatsApp_Image_2017-08-17_at_9.12.12_PM.jpeg.transformed_0.jpg

Hua Wei cetus kejutan emas

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Gan Hua Wei menceriakan pasukan renang berirama negara Bila meraih pingat emas pertama menerusi acara rutin solo teknikal renang berirama, sebentar tadi.

Hua Wei yang mempamerkan aksi memukau berjaya mengutip sebanyak 73.8386 mata, mengatasi perenang pilihan dari Singapura, Debbie Soh Li Fei yang memperoleh 73.8253 mata.

Hua Wei turut berdepan saingan sengit dari seorang lagi atlet Singapura, Mita Yong Hsing yang mencatatkan mata 72.3769 mata dan meraih gangsa.

AKSI Gan Hua Wei dalam acara rutin solo teknikal renang berirama, sebentar tadi.- Foto Osman Adnan

Seorang lagi wakil negara, Gan Zhen Yu yang turut layak ke peringkat akhir bagaimanapun terpaksa berpuas hati di tempat keempat dengan 70.0292 mata.

Kemenangan itu menggembirakan penyokong negara yang memenuhi Pusat Akuatik Nasional selepas atlet negara, Zylane Lee Yhing Huey menghadiahkan pingat perak dalam acara rutin solo bebas renang berirama pada sebelah petang tadi.

Hua Wei cetus kejutan emas

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *