bhtakrugi20-o_BHfield_image_listing_featured.var_1582246825.jpg

Hujah balas runding Perjanjian Air 1962 perlu ikut klausa

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Malaysia harus mengemukakan hujah menyeluruh mencakupi aspek sejarah, perihal perundangan, ekonomi dan kedaulatan untuk mempunyai peluang saksama memenangi rundingan Perjanjian Air 1962 jika ia terpaksa diheret ke mahkamah timbang tara.

Pensyarah undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Salawati Mat Basir, berkata penyelesaian menerusi timbang tara Akan menyaksikan dua kemungkinan keputusan, sama ada tarif air mentah yang dibekalkan Malaysia kepada Singapura dinaikkan melebihi tiga sen bagi setiap 1,000 gelen atau kekal pada kadar semasa.

Bagi memastikan kepentingan Singapura kekal terpelihara, katanya, republik itu dijangka menyandarkan hujah mengikut terma asal perjanjian ketika dimeterai bersama Malaysia pada 1962, selain menegakkan faktor kedaulatan dan usaha menghormati inti pati dokumen yang mengikat kedua-dua negara dalam isu perdagangan sumber air.


Pensyarah undang-undang antarabangsa UKM, Prof Madya Dr Salawati Mat Basir. – NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

“Perjanjian ini sebahagian daripada pengiktirafan kedaulatan Singapura, justeru mereka akan mengemukakan hujah Tak pernah mengkhianati atau melanggari sebarang terma dipersetujui secara bersama dengan Malaysia, ketika dimeterai bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Jadi, Bila kita bercadang untuk tukar inti pati perjanjian, berkemungkinan Singapura akan kata Malaysia cuba melanggar semangat perjanjian, justeru hujah balas harus dikemukakan mengikut klausa berkaitan supaya keputusan akhir memihak kepada kita.

“Klausa 14 dalam perjanjian berkenaan menggariskan peruntukan perenggan (i) dan (ii) pada klausa terdahulu bagi kedua-duanya mestilah bergantung kepada semakan semula selepas tamat tempoh iaitu 25 tahun selepas kedua-dua ini dimeterai.

“Oleh itu, 25 tahun selepas 1962 bermaksud bila-bila masa pasca 1987, semakan semula boleh dibuat dan Malaysia mengorak langkah tepat Bila bertindak mengadakan rundingan dengan Singapura berhubung perkara ini.

“Bagaimanapun, sekiranya gagal mencapai persetujuan secara rundingan membabitkan kedua-dua negara, isu perdagangan sumber air mentah ini akan dibawa ke pilihan penyelesaian terakhir, iaitu timbang tara,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Perjanjian Air Sungai Johor 1962 yang tamat pada 2061, mengkehendaki Malaysia membekalkan sejumlah 250 juta gelen air mentah kepada Singapura setiap hari, pada kadar harga tiga sen bagi setiap 1,000 gelen.

Malaysia kemudian membeli sebahagian daripada air terawat pada harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.

Menolak kemungkinan langkah merujuk ke mahkamah timbang tara berupaya mengeruhkan hubungan dua hala Malaysia-Singapura, Salawati berkata, penyelesaian itu Adalah pendekatan biasa jika pertikaian membabitkan sebarang isu yang menyentuh kepentingan negara gagal diselesaikan secara rundingan.

Bagaimanapun, katanya, Malaysia harus mengorak langkah awal dengan mengumpul segenap kepakaran, khususnya berkaitan perihal perundangan antarabangsa dalam kalangan akademik dan pengamal undang-undang sebelum berdepan republik itu.

“Strategi penting ada yang kemukakan kes bagus, tetapi kalah dalam membentangkan fakta ketika di mahkamah.

“Maka persoalannya Adalah sama ada Malaysia mampu menang dengan hanya bawa hujah ekonomi.

“Kita kena buktikan Malaysia mengalami kerugian jika kadar semasa Tak disemak, malah perbezaan nilai mata wang negara menjadi faktor penyumbang dalam rundingan ini kerana Singapura membayar menggunakan ringgit, bukan dolar.

“Kerugian ditanggung Malaysia sebenarnya berlaku lebih awal kerana kita Tak boleh tolak apa yang terjadi antara tempoh dari 1927 Sampai 1962, iaitu sebelum perjanjian dimeterai. Bukan kita nak ungkit kisah lama, tetapi ia penting bagi menilai keseluruhan fakta kes.

“Tak dinafikan Singapura terkenal dengan kehebatan dalam arena undang-undang antarabangsa, tetapi Malaysia juga mempunyai kepakaran mengenai perkara terbabit dengan syarat kita mengumpulkan semua kemampuan sedia ada dan jangan buat kerja berseorangan,” katanya.

Hujah balas runding Perjanjian Air 1962 perlu ikut klausa

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail