bhredah25-O_BHfield_image_listing_featured.var_1558744041.jpg

Hujan Tak halang konvoi polis edar makanan sahur

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

IPOH: Cuaca hujan Tak melunturkan semangat 40 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk menjayakan program Konvoi Jelajah Ketua Polis Daerah, di sini, malam tadi.

Malah, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby, turun padang bersama peserta konvoi menunggang motosikal meredah hujan bagi mengedarkan 70 bungkusan makanan sahur kepada petugas syif malam di balai polis sekitar daerah ini.

Program bermula pada jam 10.45 malam dan berakhir lima jam kemudian itu membabitkan perjalanan lebih 50 kilometer ke enam balai polis.

Destinasi terbabit ialah Balai Polis Bukit Merah, Lahat, Simpang Pulai, Tambun, Pekan Baru dan Sungai Senam.

Mohd Ali berkata, penganjuran program itu bertujuan mengambil keberkatan Ramadan, selain mengeratkan silaturahim dalam kalangan anggota polis.

Selain itu, beliau berkata, ia menunjukkan kesanggupan dan ketinggian semangat peserta untuk turut ‘bersengkang mata’ meraikan anggota bertugas syif malam.

MOHD Ali (tiga kanan) bersahur bersama pegawai dan anggota polis pada Program Kembara Sahur di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh. – Foto Abdullah Yusof

“Meskipun cuaca hujan, kita diiringi anggota trafik yang membantu kelancaran trafik dan keselamatan anggota konvoi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelepasan konvoi itu di pekarangan IPD Ipoh, di sini, malam tadi.

Mohd Ali berkata, program itu julung kali diadakan sejak beliau menyandang jawatan sekarang, dua tahun lalu, dan aktiviti seumpama akan diteruskan pada masa depan, termasuk bagi mendekatkan hubungan antara polis dengan masyarakat setempat.

“Kita mahu aktiviti komuniti kepolisan diteruskan supaya dapat mendekati masyarakat dalam usaha mencegah jenayah di sekitar daerah ini,” katanya.

Hujan Tak halang konvoi polis edar makanan sahur

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *