Untitled.jpg

Humairah, Cantiknya Nama Anak Hafidz Roshdi

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Tahniah diucapkan buat pelakon berbakat, Hafidz Roshdi yang kini bergelar seorang bapa. Sudah tentu peminat pun tak sabar untuk memandang wajah comel bayi itu bukan?

Terdahulu, pada 9 September yang lalu isteri kepada pelakon itu, Nurul Shuhada Mat Shukri telah melahirkan cahaya mata pada jam 11.30 pagi sabtu di sebuah pusat perubatan di Klang.

Menerusi entri terbaru di Instagram milik Hafidz, dia telah mengumumkan nama yang telah diberikan kepada anak perempuanya.

“Alhamdulillah,Humairah Binti Muhammad Hafidz.Humairah ( Gelaran isteri Nabi Aisyah R.A )Maksud putih kemerah – merahan Ig @Humairah.Hafidz #AnakAbah #TaatPadaAllah” Tulisnya di foto surat beranak anaknya.

Dengan membawa maksud putih kemerah-merahan dan gelaran isteri Nabi, Aisyah R.A, nama anaknya dipuji pengikutnya di Instagram kerana Tak memilih nama yang panjang dan mempunyai maksud yang cukup baik.

Perkongsian pelakon drama saya Pilih Kamu itu telah menerima lebih daripada 16,000 likes setakat ini.

Pastinya berita ini sudah cukup menggembirakan dan mengujakan para peminat Hafidz. Disebabkan itu, ratusan jutaan tahniah telah pun diterima oleh beliau di laman sosial di ruangan komen di Instagramnya.

Dalam pada itu, pasangan itu telah mewujudkan Instagram untuk anak perempuan sulung mereka dengan nama akaun @ Humairah.Hafidz

Hafidz telah memuat naik foto pertamanya pada 18 September lalu dan diletak dalam mod umum. Nampaknya ia sudah mempunyai  tiga gambar.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 di kediaman isterinya yang terletak di Perlis.

Kakigosip pun tak sabar juga ingin memandang wajah bayi comel sulung mereka di Instagram nanti.

Humairah, Cantiknya Nama Anak Hafidz Roshdi

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *