image.jpg

Ibu sebak anak ditahan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Seorang ibu sanggup memakaikan baju kepada anaknya yang dipercayai penagih dadah ketika Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Seberang Perai Utara, mengadakan serbuan di rumah keluarga itu, kelmarin.

Suspek yang berusia lingkungan 20an itu dipercayai memiliki dadah jenis syabu ketika pemeriksaan dijalankan.

Operasi yang dijalankan bermula sekitar jam 9 pagi melibatkan beberapa kawasan di Kepala Batas, iaitu kampung Paya dan sekitar kawasan Kuala Muda, Penaga.

Penolong Pengarah Penguatkuasaan AADK Nusa Pinang, Ahmad Fadzil Alang berkata, Ops Cegah yang dijalankan AADK dianggotai seramai enam orang dan dibantu pihak polis.

“Dalam operasi ini, seramai tujuh penagih berusia lingkungan 18 sehingga 36 tahun berjaya ditahan dan hasil daripada saringan air kencing didapati tiga positif dadah jenis syabu.

“Manakala seorang lagi suspek dipercayai penagih ditahan kerana memiliki dadah dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penagihan dadah diharap dapat menghubungi pihak AADK untuk menyalurkan maklumat sekiranya terdapat aktiviti tersebut di sekitar kawasan mereka.

“Buat masa ini, masyarakat amat Menyodorkan kerjasama kepada pihak AADK berkaitan gejala penyalahgunaan dadah di sekitar kawasan mereka,” katanya.

Ibu sebak anak ditahan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *