ibu_zahirah_kawen2.jpg

Ibu Zahirah Macwilson Bernikah Dengan Warga Singapura

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Ibu kepada pelakon Zahirah Macwilson, dilaporkan telah selamat bernikah pada tanggal 24 Mac lalu.

Maslinda Yusof, 44, berjumpa jodoh dengan duda anak tiga, Hairul Azni Bendiamin, 48, seorang warganegara Singapura.

“Alhamdulillah segala berjalan lancar. Majlis pernikahan serba sederhana ini dilangsungkan di Masjid Hepburn, Perth, Australia.

“Suami berkerja sebagai technician engineer di syarikat penerbangan SIA. InsyaAllah selepas ini suami akan turut menetap di Perth,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Maslinda memberitahu dia gembira kerana Zahirah turut hadir dan merestui perkahwinannya.

Maslinda sebelum ini pernah berkahwin dengan Zainol Macwilson dan akhirnya bercerai pada 9 November 2015.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata.

Zainol juga sudah bernikah pada Jun 2016 secara rahsia di Kangar, Perlis.

Ibu Zahirah Macwilson Bernikah Dengan Warga Singapura

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *