image28529.JPG

Idris Khan – Reen Rahim Pertama Kali Bergandingan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pelakon Idris Khan yang pernah Suam dengan dakwaan gambar aksi panasnya bersama pelakon Atikah Suhaime yang tersebar beberapa bulan lalu kini dilihat positif dalam perkembangan kerjayanya.

Dalam diam rupanya Idris kini bukan sahaja bergelar model dan pelakon tetapi juga sebagai penerbit filem.

“Saya bersama tiga orang rakan di dalam syarikat Centro Pictures baru tamat penggambaran filem KL Wangan.  Ketika ini filem tersebut dalam proses suntingan.  InsyaAllah akan ditayangkan di pawagam pada bulan Julai tahun hadapan. Selain itu, saya juga terbitkan dokumentari.

“Sebenarnya sebelum ini saya juga Adalah seorang usahawan, jadi Bila dah masuk ke dalam bidang seni ini, saya terus set dalam kepala untuk jadi penerbit sebab itu macam agak cepat.  Mungkin selepas ini saya nak terbitkan drama pula,” jelasnya.

Ternyata walaupun dihantui dengan kisah-kisah panas namun Idris nampaknya Tak terganggu.

“Drama yang terbaru dan akan menjalani penggambaran, drama Selamat Malam Tan Sri ini untuk RTM.  Pertama kali saya bekerja untuk RTM dan sebelum ini banyak untuk TV3 dan juga Astro juga HyppTV.  

“Saya tak memilih stesen seperti ada sesetengah pelakon lain sebaliknya saya memilih naskhah.  Jika naskhah itu bagus untuk saya jadi saya akan pilih.

“Alhamdulilah, setakat ini stesen TV, penerbit, pengarah dan sesiapa sahaja tiada masalah dengan saya sebab saya seorang yang fokus pada kerja.  Mereka juga menilai saya berdasarkan hasil kerja saya itu.  Jadi ya kisah peribadi dan kerja Tak dicampurkan,” tegas Idris.

Bercerita mengenai teman wanitanya gadis maghribi yang dikenali sebagai Sanaa Jaffer, Idris memberitahu dia masih lagi bercinta dengan orang yang sama dan akan hanya memikirkan kisah berumah tangga dalam setahun dua lagi.

“Saya nak fokus pada kerja dahulu tetapi jika jodoh sampai awal, siapa tahu, mungkin bulan depan saya kahwin ke kan?  Namun saya target setahun dua lagi,” katanya.

Idris ditemui di majlis pelancaran semula cover buku Selamat Malam Tan Sri di Kota Damansara dan sekali gus pelancaran drama tersebut yang Akan ditayangkan di RTM tahun hadapan.

Ketika sesi fotografi bersama Reen Rahim ini, mereka nampaknya masih malu-malu lagi.  Rupa-rupanya inilah kali pertama mereka berdua bergandingan.

“Kita biasa berjumpa dalam event sahaja tetapi bercakap depan-depan dan bergambar bersama inilah kali pertama,” jelas Idris kepada Reen.

Raja Mukhriz bertindak sebagai pengarah drama ini dan selain Idris dan Reen Rahim turut berlakon Datuk Eizlan Yusuf, Marisa Yasmin, Julia Ziegler, Haliza Misbun dan ramai lagi.

Idris Khan – Reen Rahim Pertama Kali Bergandingan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *