maulama.transformed_0.jpg

Imam antara terbunuh serangan di masjid New York

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

ANGGOTA polis New York di lokasi serangan dekat masjid di kawasan kejiranan Queens, New York. – Foto AP

NEW YORK: Seorang imam dan lelaki yang Tak dikenali ditembak di kepala sebelum meninggal dunia dalam serangan di bandar raya ini, dengan motif kejadian masih Tak jelas.

Bunyi tembakan kedengaran kira-kira jam 2 petang waktu tempatan berdekatan sebuah masjid di Ozone Park di kawasan kejiranan Queens.

Kedua-dua lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Jamaica yang berhampiran di mana imam, Maulama Akonjee, 55, diisytiharkan meninggal dunia, kata jurucakap Pejabat Timbalan Komisioner Polis New York.

Lelaki yang Tak dikenali yang berusia 64 tahun turut meninggal dunia selepas mengalami kecederaan akibat serangan itu.

Polis berkata, motif kejadian masih Tak diketahui.

“Tiada apa daripada hasil siasatan awal mengenai petunjuk serangan ini dan mereka menjadi mangsa sasaran,” kata jurucakap polis kepada wartawan.

Kedua-dua mangsa dipercayai berdepan dengan sekumpulan suspek yang ramai sebelum penyerang beredar selepas melepaskan tembakan, kata polis.

Sementara itu, polis sudah mengenal pasti mangsa lelaki yang bersama imam berkenaan iaitu rakannya, Tharam Uddin, 64.

Kedua-dua mereka ditembak di belakang kepala selepas meninggalkan Masjid Jame Al-Furqan, kira-kira jam 2 petang bagi menunaikan solat. – AFP

Imam antara terbunuh serangan di masjid New York

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *