13bako.transformed.jpg

Imej satelit tunjuk perkampungan Rohingya dibakar

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

IMEJ satelit yang menyiarkan bangunan di perkampungan etnik Rohingya di barat Myanmar dibakar. – Foto https://www.hrw.org

YANGON: Ratusan bangunan di perkampungan etnik Rohingya di barat Myanmar dibakar, menurut imej baru satelit yang disiarkan hari ini ketika pertempuran baharu meletus di wilayah bergolak itu.

Rakhine Utara yang menjadi kawasan penempatan minoriti Islam Rohingya dan bersempadan Bangladesh, dikepung tentera sejak serangan mengejut bulan lalu di pos sempadan yang menyebabkan sembilan anggota polis terbunuh.

Tentera membunuh berpuluh-puluh penduduk dan menahan ramai orang dalam usaha memburu penyerang yang dikatakan kerajaan Adalah militan Rohingya yang ada kaitan dengan militan luar negara.

Pertempuran baharu meletus semalam dengan dua anggota tentera dan enam penyerang terbunuh, menurut tentera yang berkata mereka mendapatkan bantuan helikopter tempur untuk menangkis serang hendap.

Krisis dan laporan pencabulan hak yang dilakukan selari dengan tindakan keras tentera, menambah tekanan antarabangsa ke atas kerajaan awam baharu Myanmar dan membangkitkan persoalan mengenai kemampuannya mengawal tentera.

Pihak berkuasa mengehadkan akses ke kawasan itu, menjadikan sukar untuk mengesahkan laporan kerajaan atau tuduhan Keliru laku tentera.

Imej baru satelit disiarkan Human Rights Watch menunjukkan apa yang dikatakan kumpulan itu sebagai bukti kes kebakaran khianat terhadap perkampungan Rohingya.

Analisis mereka menunjukkan lebih 400 bangunan dibakar di tiga perkampungan Rohingya yang menjadi lokasi pertempuran.

Kumpulan itu berkata, Barah dan sisa kebakaran menunjukkan kebanyakannya dilakukan dengan sengaja. Imej terbaharu dirakam pada 10 November lalu.

Pengarah Asia kumpulan itu, Brad Adams, berkata gambar baharu menunjukkan pemusnahan besar-besaran yang lebih teruk daripada apa yang difikirkan.

“Pihak berkuasa Myanmar perlu segera menubuhkan siasatan dibantu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai langkah pertama ke arah memastikan keadilan dan keselamatan kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan. – AFP

Imej satelit tunjuk perkampungan Rohingya dibakar

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *