zurhasan.transformed.jpg

Imej wanita dalam karya dan kehidupan Shahnon

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SHAH ALAM: Di sebalik watak wanita lemah dalam novel Prof Emeritus Datuk Shahnon Ahmad, Sasterawan Negara (SN) itu menyanjung tinggi wanita sehingga menolak tawaran berkahwin lagi kerana menghargai pengorbanan isterinya.

Ketika berada dalam Al-Arqam, Shahnon yang meninggal dunia baru-baru ini, sanggup menolak tawaran untuk menikahi pengikut wanita yang muda.

Begitu juga dengan sikapnya yang Tak memandang kedudukan seseorang walaupun bertaraf ‘biasa’ dalam dunia sastera, turut meninggalkan pengalaman manis bukan saja untuk dikenang, bahkan dijadikan sebagai teladan.

Tak hairanlah Wacana Pemikiran Shahnon Ahmad di sini, menjadi perkongsian yang dapat dijadikan contoh teladan yang baik khususnya kepada dunia sastera tanah air.

Pensyarah Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, mengakui Shahnon sebagai pengarang kerap membawakan kisah penuh penderitaan dan pesimis seperti Ranjau Sepanjang Jalan, selain watak wanita lemah dan hina.

Pupuk kesedaran

“Bagaimanapun hal ini sebenarnya sebagai kritik sosial dan pada masa sama, ia simpati terhadap wanita. Hak feminisme dalam konteks Islam dan dunia Barat itu jauh berbeza,” katanya pada acara yang dikendalikan Mohamed Nasser Mohamad.

Awang Azman berkata, Jeha dalam Ranjau Sepanjang Jalan dibina dengan perwatakan sebegitu untuk menyedarkan masyarakat bahawa wanita memiliki hak sehingga Tak boleh diperlakukan sesuka hati.

Beliau turut menyorot karya Shahnon dalam aspek politik Bila menyifatkan novel SHIT yang terbit pada 1999 bukan karya kontroversi kosong, tetapi sebenarnya wacana mengenai situasi politik ketika itu.

“Politik hari ini mungkin sudah berubah kerana dalam politik, kawan boleh menjadi lawan begitu juga sebaliknya tetapi SHIT kekal merakam zamannya,” katanya.

Sementara itu, bekas pegawai perancang Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Hasni Abbas pula menyifatkan Shahnon secara peribadi Adalah orang yang lemah-lembut.

“Shahnon sebenarnya membela wanita meskipun imej wanita dalam karyanya lemah dan hina seperti Jeha.

“Shahnon pernah bercerita ketika membabitkan diri dalam Al-Arqam, dia pernah ditawarkan untuk menikahi pengikut wanita yang muda, tetapi beliau menolak kerana sangat sayangkan isterinya yang sanggup berkorban bekerja sebagai pembantu rumah ketika Shahnon menyambung pengajian di Australia,” katanya.

DATUK Dr Zurinah Hassan. – Foto fail NSTP/Shiraz Ali

Tak kira gender

Bagaimanapun SN Datuk Dr Zurinah Hassan yang hadir sebagai khalayak turut menyifatkan Tak kira watak wanita atau lelaki, kedua-dua jantina itu pernah digambarkan secara pesimis oleh Shahnon.

Beliau berkata, ia mungkin hanya dalam karya kerana sikap yang ditunjukkan Shahnon ketika diminta menilai antologi penyair wanita yang ditanganinya sangat berbeza.

Zurinah berkata, Shahnon meluluskan penilaian itu, malah hubungan beliau dan Shahnon menjadi semakin akrab.

Hal sama turut ditegaskan Presiden Ikatan Kopi Sastera, Shirley Idris, yang memberitahu Shahnon beberapa kali menerimanya sebagai tetamu, malah menjadi orang tengah beberapa persatuan penulis termasuk Persatuan Sasterawan Numera Malaysia untuk berjumpa Shahnon.

“Di mata Shahnon, saya Tak dikenal sebagai penulis tetapi sebagai penjual kopi,” katanya.

Imej wanita dalam karya dan kehidupan Shahnon

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *