akmasedih_BHfield_image_listing_featured.var_1541746155.jpg

<img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus@2x.png 2x" alt="BHPLUS"> Pendarahan teruk, Akma hilang anak dikandung

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SAKIT kepala kronik disusuli demam terutama pada waktu malam rupa-rupanya petanda ada yang Tak kena dalam proses kehamilan bekas bintang Akademi Fantasia (AF) musim ketiga, Akma Abdullah.

Akur ketentuan Ilahi, zuriat dikandung Akma selama tiga bulan, akhirnya gugur.

• Memasuki usia kandungan tiga bulan setengah, Akma Tak alami masalah sebaliknya menyangka proses kehamilan lancar.

• Namun, sakit kepala kronik mula menyerang disusuli demam terutama pada waktu malam.

• Kemuncak kesakitan, Akma alami pendarahan teruk setibanya di hospital selepas mengadu sakit pada bahagian perut.

KUALA LUMPUR: Akur ketentuan Tuhan, bekas bintang Akademi Fantasia (AF) musim ketiga, Akma Abdullah yang hamil tiga bulan, reda kandungannya, gugur, Sabtu lalu.

Menceritakan detik cemas itu, Akma dalam berat hati memberitahu, hasrat menimang anak ketiga Tak kesampaian apatah lagi kandungannya Tak memberi sebarang masalah pada awal kehamilan.

“Jika diikutkan, Tak ada apa-apa yang berlaku sebelum ini… Semuanya tampak normal.

“Cuma memang saya rasa, kehamilan kali ini berbeza daripada dua anak yang terdahulu. Saya alami sakit kepala yang teruk…

Ketika itu, saya kurang pasti apakah kesakitan itu menjadi petanda,” katanya kepada BH Plus.

Akma berkata, pening kepala berlarutan menjadi demam terutama pada waktu malam.

“Ketika itu, saya hanya mengambil ubat sendiri tanpa berjumpa doktor,” katanya.

Berkongsi insiden keguguran, Sabtu lalu, Akma berkata, dia mengalami kesakitan teruk pada kira-kira jam 2 pagi.

“Sakit yang dirasakan umpama saya hendak melahirkan anak… Macam ada yang Tak kena.

“Lalu suami segera membawa saya ke hospital dan dimasukkan ke wad kecemasan sementara menunggu wad disediakan dan ubat-ubatan,” katanya.

BEKAS bintang Akademi Fantasia musim ketiga, Akma atau nama penuhnya, Asiahtunakma Abdullah. – NSTP/Fariz Iswadi Ismail

Terus bercerita, Akma berkata, dalam proses itu, dia mengalami pendarahan yang teruk.

“Ketika itu, saya mengeluarkan janin dan uri secara semula jadi,” katanya.

Akma berkata, anak ketiganya itu dikebumikan selepas selesai semua urusan, pada hari sama.

Berkongsi perasaan kehilangan zuriat, Akma mengaku sering teringat kejadian itu.

“Biasanya pada waktu malam, ingatan saya kembali kepadanya.

“Mujur saya sudah ada dua anak yang membesar di sisi sepanjang masa,” katanya.

Akma atau nama penuhnya, Asiahtunakma Abdullah ini bernikah dengan Farih Hamshi Mohamad Fatmi pada 30 Jun 2012 di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC), di sini.

<img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus@2x.png 2x" alt="BHPLUS">
Pendarahan teruk, Akma hilang anak dikandung

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *