maaf.transformed.jpg

Indonesia maafkan Australia isu latihan tentera

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

ANGUS Campbell (kiri) bersalaman dengan Gatot Nurmantyo di Jakarta semalam. – Foto AFP

JAKARTA: Pemimpin tentera Indonesia (TNI) berkata, Australia memohon maaf di atas penggunaan bahan latihan yang ‘menyinggung’ negara itu di sebuah pangkalan tentera di Perth.

Indonesia mengumumkan permohonan maaf itu dalam satu kenyataan selepas Ketua Tentera Australia, Angus Campbell berjumpa dengan pemimpin tentera di Jakarta semalam.

“Jeneral Gatot Nurmantyo menerima permohonan maaf itu dan menyedari bahawa dalam era persaingan Dunia kini, perpaduan dan persahabatan diperlukan bagi negara berjiran,” katanya dalam kenyataan tentera Indonesia.

Indonesia bulan lalu mengumumkan menggantung semua kerjasama pertahanan, sebelum menjelaskan penggantungan itu Adalah susulan satu program latihan-bahasa.

Difahamkan, bahan yang dirujuk itu menyentuh beberapa topik sensitif negara itu, ‘tentera pada masa lalu, Timor Leste, kemerdekaan Papua dan falsafah asas Indonesia ‘Pancasila,’ kata Jeneral Nurmantyo bulan lalu.

Presiden Indonesia, Joko Widodo yang dijadualkan melawat Australia pada November membatalkan rancangan itu berikutan satu perhimpunan ganas di Jakarta.

Widodo kini dijadual berjumpa dengan Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull pada 26 Februari.

BBC

Indonesia maafkan Australia isu latihan tentera

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *