6ceef1e5029075fdd661b295fd009fef.jpeg

Ini tim Muhyiddin, kata Mazlan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pemimpin Bersatu, Mazlan Bujang menerima hakikat yang dirinya Tak berada dalam pasukan Menteri Besar Johor yang baru, Dr Sahruddin Jamal selepas namanya digugurkan daripada barisan exco kerajaan negeri.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteriwangsa itu berkata, barisan exco baru kerajaan negeri Johor itu juga Adalah terdiri daripada ‘pasukan’ Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

“Saya bukan ‘team’ beliau (menteri besar), yang ada ini ‘team’ Muhyiddin.

“Hari itu menteri besar kata dia ada ‘teamnya’ sendiri, jadi saya bukan daripada ‘teamnya’,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.


Mazlan Bujang 

Mazlan yang sebelum ini memegang portfolio Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan Johor antara dua exco yang digugurkan  barisan exco baru yang dilantik hari ini.

Turut digugurkan sebagai exco ialah Adun Skudai dari DAP, Tan Hong Pin yang sebelum ini memegang portfolio Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi.

Pengguguran dua exco terbabit dikatakan kerana mereka kurang disenangi istana.

Rombakan exco kerajaan negeri dilakukan selepas Osman Sapian meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor pada 8 April lalu.

Osman mencatat sejarah sebagai Menteri Besar Johor paling singkat Bila mentadbir negeri itu Tak sampai setahun.

Sementara itu, Mazlan menyeru barisan kepemimpinan baru exco kerajaan negeri supaya menjalankan amanah dengan baik.

“Saya ingin berpesan kepada menteri besar, buat kerja, utamakan amanah rakyat berbanding kepentingan peribadi.

“Jangan sesekali mengkhianati amanah rakyat,” katanya lagi.

Ini tim Muhyiddin, kata Mazlan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *