image281029.jpg

Iqram Dinzly akui pulang ke pangkal jalan kerana doa ibu

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PELAKON yang pernah mencetuskan beberapa siri kontroversi sebelum ini, Iqram Dinzly, mengakui sudah sedar dengan kesilapannya yang lalu dan bertekad untuk menjadi lebih baik selepas ini.

Semenjak lebih lapan bulan lalu, Iqram sering tampil dengan perlakuan pelik sehingga menarik perhatian ramai pihak, pernah dilabelkan sebagai ‘kurang siuman’ kerana beberapa tindakannya yang dikatakan tersasar dari batas normal.

Bagaimana selepas Aidilfitri lalu, pelakon asal Ipoh Perak ini tampil dengan perkembangan terkini tentang dirinya.

Menurut Iqram, berasa malu bila mengenangkan perlakuan peliknya sebelum ini dan mengakui menyesal dengan tindakannya yang terlalu mengikut perasaan ketika itu sehingga memberi kesan negatif kepada dirinya..

“Saya Tak kisah Bila dianggap sudah Tak siuman kerana hanya saya tahu, apa yang saya rasa. Bila tersedar, saya malu dengan perbuatan sendiri. Saya bukan lagi Iqram Dinzly yang dulu.

“Terdetik juga di hati, apa sebenarnya yang saya lakukan? Saya terperangkap dan terpinga-pinga kerana Tak percaya dengan apa yang saya buat.

“Cukuplah, saya Tak mahu buat kerja gila lagi. Dulu, saya fikir boleh berkongsi apa yang dilalui dengan khalayak, tetapi saya silap. Orang sekeliling Tak faham apa yang saya rasa,” katanya kepada sebuah akhbar online.

Iqram dalam masa yang sama turut meluahkan rasa syukurnya kerana mempunyai seorang ibu yang sentiasa ada bersamanya dalam apa jua keadaan.

Malah kata Iqram, dia percaya berkat doa yang dipanjatkan ibunya,  Lalitol Akmar Mohamed Shaffie, 68, dia kembali ke pangkal jalan.

“Saya lupa, saya Adalah selebriti. Saya Tak mampu melawan persepsi orang luar Bila diri Tak lagi terurus seperti ketika saya dikenali.

“Selama ini, saya lihat mama ‘okay’ dan sering menegur dengan Tips baik. Saya Tak perasan dia sebenarnya susah hati. Perbuatan saya memberi kesan sangat besar kepadanya dan keluarga. Mama sangat tabah kerana ketika diuji kehilangan suami, terpaksa pula berdepan dengan anak yang berperangai pelik dan gila.

“Saya sudah Tak sanggup memandang wajah mama yang sugul dan Tak ceria. Saya mahu menjadi Iqram Dinzly dulu yang sentiasa membahagiakan mama,” luahnya.

Dalam perkongsian yang sama, Iqram turut memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan perbuatannya sebelum ini dan berjanji untuk Tak akan mengulanginya lagi.

Iqram Dinzly akui pulang ke pangkal jalan kerana doa ibu

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *