iran11_BHfield_image_listing_featured.var_1570752963.jpg

Iran berpesta gol, UAE ratah Indonesia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

GUANGZHOU: Penyerang veteran China, Yang Xu menyumbat empat gol dalam masa 25 minit ketika membantu negaranya membelasah Guam 7-0 dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2022 zon Asia tatkala Iran berpesta gol di Tehran selepas membelasah Kemboja manakala Australia mudah membenam Nepal di Canberra.

China mendahului 6-0 pada babak pertama namun bergelut menambah gol pada babak kedua yang menyaksikan penyerang kelahiran Brazil, Elkeson, muncul pemain naturalisasi pertama digunakan dalam skuad kebangsaan China.

KARIM Ansarifard ketika mengambil sepakan percuma. – Foto EPA

Di Tehran, Karim Ansarifard turut menyumbat empat gol manakala Sardar Azmoun meledak tiga gol untuk membenam Kemboja 14-0.

Mehdi Taremi dan Mohammad Mohebi masing-masing menyumbat dua gol manakala Morteza Pouraliganji, Mohammad Kanani dan Ahmad Nourollahi menambah satu gol setiap seorang.

Perlawanan itu juga buat pertama kali disaksikan kira-kira 4,500 penyokong wanita yang dibenarkan memasuki stadium selepas campur tangan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang meminta kerajaan Republik Islam itu menarik semula pengharaman selama 40 tahun itu.

Penyokong wanita Iran itu mengibarkan bendera negara dan mengenakan pelbagai selendang dengan wajah dihiasi warna bendera kebangsaan dan duduk di satu sudut khas di Stadium Azadi.

FIFA dalam kenyataan ringkasnya menyebut perkembangan di Iran sebagai ‘satu langkah ke depan yang positif.’

AKSI Jamie Maclaren ketika menjaringkan gol ketiga ketika menentang pasukan Nepal. – Foto Reuters

Dalam pada itu, Jamie Maclaren meledak hatrik ketika membantu Australia mencatat kemenangan 5-0 ke atas Nepal dalam saingan di Canberra.

Socceroos dalam pada itu terlepas beberapa jaringan ketika menentang pasukan di ranking ke-161 dunia itu.

Pasukan pelawat berterima kasih kepada ketangkasan penjaga golnya, Kiran Chemjong yang mengelak dibolosi lebih besar.

“Kami mencipta banyak peluang, tak terkira,” kata jurulatih Australia, Graham Arnold selepas merakam kejayaan terbesar di laman sendiri.

Sementara itu di Dhaka, Yusuf Abdurisag dan Karim Boudiaf masing-masing menyumbat satu gol ketika membantu Qatar yang akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 mengatasi Bangladesh 2-0, manakala Oman mudah membenam Afghanistan 3-0 di Seeb dengan Abdul Aziaz al-Muqabli meledak dua gol.

Penyerang berbisa Korea Selatan, Kim Shin-wook menyumbat empat gol ketika membantu negaranya membenam Sri Lanka 8-0 manakala Jepun meratah Mongolia 6-0.

Arab Saudi pula mengatasi Singapura 3-0 manakala UAE membelasah Indonesia 5-0, Uzbekistan pula menang 5-0 ke atas Yemen dan Iraq mengatasi Hong Kong 2-0. – AFP

Iran berpesta gol, UAE ratah Indonesia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *