foreign-o-moves2_BHfield_image_listing_featured.var_1550307739.jpg

Iran desak Pakistan buru militan atau terima balasan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

DUBAI: Iran menggesa negara jirannya, Pakistan, memburu militan yang membunuh 27 anggota Pengawal Revolusi dalam serangan berhampiran sempadan atau menanti tindakan ketenteraan dari Tehran untuk ‘menghukum pengganas’, lapor media tempatan.

“Jika Pakistan Tak menjalankan tanggungjawabnya, Iran berhak memerangi ancaman di sempadan, berdasarkan undang-undang antarabangsa dan akan membawa dendam untuk menghukum pengganas,” komander Pengawal Revolusi, Mejar Jeneral Mohammad Ali Jafari, dipetik sebagai berkata oleh agensi berita IRNA.

Mejar Jeneral Mohammad Ali Jafari. – AFP

Pengebom nekad membunuh 27 anggota Pengawal Revolusi Rabu lalu di wilayah tenggara negara itu yang menyaksikan pasukan elit berkenaan berhadapan peningkatan serangan oleh minoriti Sunnah di Iran.

Kumpulan Jaish al Adl (Tentera Keadilan), yang menuntut hak dan kehidupan lebih baik bagi etnik minoriti Baluchis, mendakwa melancarkan serangan.

Pihak berkuasa Iran berkata, kumpulan militan beroperasi dari tempat persembunyian di Pakistan dan sudah berulang kali menggesa negara jiran itu menghapuskan mereka.

Pada masa lalu, Iran menuduh seteru serantaunya, Arab Saudi, menyokong kumpulan militan Sunnah yang menyerang pasukan keselamatannya, dakwaan yang dinafikan Riyadh. — Reuters

Iran desak Pakistan buru militan atau terima balasan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail