SP191016RS206.jpg.transformed.jpg

Irfan enggan ambil risiko

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MUHAMMAD Irfan Shamsuddin.

KUALA LUMPUR: Jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin terpaksa melupakan Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Isnin dan Selasa ini, bagi mengelak kecederaan lebih parah kepada otot pinggangnya.

Pemenang pingat perak Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) di India minggu lalu itu berkata, dia sudah melakukan ujian Isapan Magnetic Resonance Imaging (MRI) di KPJ Damansara hari ini, sebelum meneruskan rawatan fisioterapi di Institut Sukan Negara (ISN), esok.


“Hasil ujian Isapan mendapati kecederaan otot pinggang di bahagian kiri saya serius dan memerlukan penjagaan rapi kira-kira tiga minggu sebelum dapat kembali menyertai kejohanan kompetitif.

“Jadi, saya terpaksa melupakan Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang juga menjadi pra Sukan SEA dan keputusan ini sudah dimaklumkan kepada jurulatih,” katanya.

Muhammad Irfan berkata, kecederaan itu dialaminya ketika memadamkan rekod lama kebangsaan 59.29 meter (m) dengan melakukan lemparan sejauh 61.10 meter (m) untuk meraih pingat gangsa pada Kejohanan Hallesche Werfertage di Jerman, 22 Mei lalu

“Saya terpaksa berhati-hati dan Tak memaksa diri ketika melakukan lemparan ketika di ATF,” katanya.

Bagaimanapun, pemenang emas Singapura 2015 dengan lemparan sejauh 56.62m itu optimis mampu mempertahankan pingat itu di laman sendiri, bulan depan.

“Saya yakin dapat menghadiahkan emas buat Malaysia. Ini lempar cakera, saya Tak perlu melakukan ujian padang kerana jika fokus, di mana-mana saja boleh lakukan balingan.

“Kalau hendak katakan mengenai sasaran, prinsip saya setiap kali ialah Tak letakkan sasaran, sebaliknya lakukan yang terbaik, jadi keputusan akan datang kemudian,” katanya

Irfan enggan ambil risiko

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *