13acapan.transformed_0.jpg

Isma Aliff mahu peminat beri ruang kepada Acappan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Acappan (kiri) atau nama Islamnya, Muhammad Ramadan menjadi saudara baharu. – Foto ihsan Facebook Mustapha Kamal

KUALA LUMPUR: Pelawak, Isma Aliff berharap orang ramai memberi ruang kepada Acappan berhubung isu pelakon komedi itu memeluk Islam yang menjadi viral di laman sosial, sejak pagi tadi.

Isma mengaku berada di sisi Acappan atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinan, 58, pada majlis mereka dihadiri malam tadi.

Namun, Isma enggan mengulas lanjut demi menjaga privasi teman baiknya itu.

“Saya memang berjumpa Acappan seperti dalam gambar yang tersebar meluas Sampai menimbulkan persoalan ramai.

“Sebenarnya, dari semalam ada yang bertanya kesahihan berita pengislaman Acappan. Tak sangka hari ini ia menjadi viral dengan pantas.

“Sebagai rakan karib, saya meminta orang ramai Tak memberi tekanan kepada Acappan. Persoalan sama ada benar atau Tak dia memeluk Islam, kita doakan saja yang terbaik,” katanya kepada BH Online.

Sejak pagi tadi, gambar yang dikata dirakamkan pada majlis pengislaman Acappan, dimuat naik pelakon, Mustapha Kamal di Facebook, tersebar dan pantas dikongsi ribuan peminat.

Peminat meluahkan rasa syukur dengan status Acappan sebagai saudara baharu. Apatah lagi, Acappan mengucap dua kalimah syahadah pada bulan Ramadan.

Sementara itu, sumber memberitahu BH Online, Acappan mengucap dua kalimah syahadah di sebuah surau di Salak Tinggi, Sepang selepas berbuka, malam tadi, dengan disaksikan teman rapat.

Namun, disebabkan sensitiviti mengenai isu agama selain menjaga hati keluarga, pelakon itu yang memilih Muhammad Ramadan sebagai nama Islam itu dikatakan terpaksa memilih berdiam diri.

Isma Aliff mahu peminat beri ruang kepada Acappan

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *