8d9651d1-a7c7-43cf-b652-e33799839e42.transformed_1.jpg

Ismee dilantik Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Media Prima

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

TAN Sri Ismee Ismail

KUALA LUMPUR: Media Prima Berhad (Media Prima), kumpulan media bersepadu terulung di Malaysia mengumumkan pelantikan Tan Sri Ismee Ismail sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Media Prima Berhad berkuat kuasa 1 Jun ini.

Pelantikan lsmee mencerminkan komitmen Media Prima ke arah melaksanakan tindakan strategik untuk mengukuhkan lagi kedudukan Media Prima sebagai kumpulan media bersepadu yang terbesar di Malaysia.

Pelantikannya diumumkan oleh Pengerusi Media Prima, Datuk Seri FD Iskandar, petang tadi.

“Kami yakin dengan pengalaman luas beliau dalam bidang korporat, kewangan dan perniagaan akan menyumbang dalam mengekalkan kedudukan Media Prima serta terus menyampaikan nilai kepada pemegang saham,” katanya.

Ismee, 52, Adalah tokoh korporat dihormati dan mempunyai pengalaman luas dalam sektor perniagaan dan kewangan.

Pengerusi TV AlHijrah itu pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji sejak tahun 2006 Sampai 2016.

Beliau turut memegang jawatan Timbalan Pengerusi, Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Tabung Haji (TH) Plantations Berhad serta berkhidmat untuk beberapa syarikat swasta berkaitan industri hartanah dan hospitaliti.

Ismee memulakan kerjaya di Arab Malaysian Development Berhad pada tahun 1987. Beliau kemudiannya menyandang beberapa jawatan bersama Kumpulan Shell Malaysia, termasuk sebagai Ketua Bahagian Forex dan Perbankan Shell Malaysia Ltd serta Akauntan Kumpulan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd.

Beliau juga terbabit dalam penubuhan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, yang mana beliau berkhidmat sebagai Akauntan/Bendahari.

Beliau kemudian dlilantik sebagai Naib Presiden Medical Online (M) Sdn Bhd. Beliau pernah berkhidmat di peringkat Lembaga Pengarah bagi syarikat utama negara, termasuk Pengerusi Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

Ismee pernah menjadi Pakar lembaga pengarah di TH Plantations Berhad, Johor Corporation, KFC Holdings Malaysia Bhd, 1 Malaysia Development Berhad, Techsteel Corporation Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Pelikan International Corporation Berhad, FELDA Dunia Ventures Berhad dan beberapa syarikat persendirian lain.

Ismee memperoleh kelayakan Chartered Institute of Management Accountant (CIMA) dari London School of Accountancy, yang mana beliau juga Adalah felo organisasi berkenaan.

Ismee dilantik Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Media Prima

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *