WhatsApp_Image_2018-04-16_at_6.05.47_PM.jpeg.transformed.jpg

ISN dakwa Program Podium lahirkan pemenang emas baharu

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PADAWAN: Di sebalik ramai yang menyifatkan pencapaian kontinjen negara di Sukan Komanwel Gold Coast yang dilabuhkan semalam sebagai satu kegagalan, Institut Sukan Negara (ISN) yang melaksanakan Program Podium berpendapat sebaliknya.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Mohd Khairi Zawi menyifatkan ia pencapaian terbaik berjaya dilakarkan kontinjen negara walaupun sekadar menduduki tempat ke-12 keseluruhan dengan pungutan tujuh pingat emas.

Malah, beliau menegaskan Program Podium berjaya membawa kontinjen negara mencapai sasaran untuk menghasilkan pemenang pingat emas yang baharu pada temasya kedua terbesar dunia itu.

“Keliru satu sasaran kita di Gold Coast Adalah memperbaiki pencapaian berbanding di Glasgow, Scotland pada 2014, di mana atlet kita berjaya mengatasi sasaran ditetapkan.

“Ini jelas menunjukkan keupayaan Program Podium yang dilaksanakan, malah kita cukup berbangga Bila kesemua pemenang pingat emas di Gold Coast dalam kalangan atlet baharu,” katanya.

DATUK Dr Mohd Khairi Zawi (dua dari kiri) dan Datuk Snowdan Lawan meninjau sesi latihan sempena Program Talent Outreach ISN di Padawan. – Foto Mohd Latif Ahmad

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Pusat Latihan Talent Outreach ISN di Kompleks Sukan Padawan, Siburan, di sini yang disempurnakan oleh Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan.

Pada temasya selama 11 hari di Gold Coast itu, kontinjen negara sekadar membawa pulang tambahan satu emas daripada enam yang diraih di Glasgow walaupun tanpa Program Podium dan lebih mengecewakan kontinjen negara kali ini gagal mencapai sasaran menduduki kelompok 10 terbaik keseluruhan seperti disasarkan. 

Sementara itu, Snowdan berkata, atlet negara khususnya yang berasal dari Sarawak mempamerkan peningkatan memberangsangkan dalam Sukan Komanwel, namun masih banyak perlu diperbaiki.

ISN dakwa Program Podium lahirkan pemenang emas baharu

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *